Pages

Tuesday, May 11, 2021

Nasi Minyak Basmathi Noxxa

Hahhhh.... gitu tajuknya. Lengkap untuk digoogle. Ibu google je mana yang senang.. lepas tu olah sikit ikut bahan yang ada di rumah. Resepi ni mudah dan hasilnya secukup rasa. 


Bahan-bahan
1. 3 pot Beras Basmathi Pusagold Steamed 1121
2. 3 dan 3/4 pot air
3. 6 ulas Bawang merah - mayang
4. 3 ulas Bawang putih - mayang
5. 1 inci halia - mayang
6. 2 batang kayu manis
7. 3 biji bunga lawang
8. 5 biji buah pelaga
9. 5 biji cengkih
10. 1 kiub ayam
11. 4 helai daun pandan
12. 1 SK garam
13. Minyak masak/sapi
14. 1 SB oren Sunquick

(Sukatan air basmathi bagi setiap pot 1 : 1 1/4)

Mesti guna pot yang sama

Cara-cara
1. Rendam beras selama 30 minit.
2. Toskan sehingga kering

3. Panaskan minyak dalam Noxxa guna mode Stir
4. Masukkan daun pandan dan 4 sekawan sehingga naik bau.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan beras dan kacau rata.
7. Masukkan air, kiub ayam dan oren sunquick, juga garam.
8. Off fungsi Stir 
9. Tutup periuk dan guna mode HP 7 minit (sekarang tukar LP 7 minit tunggu sampai wap keluar sendiri)
10. Tombol pressure
11. Bila sudah bunyi beep beep biarkan sahaja sehingga wap habis.
12. Kuiskan nasi dari bahagian tepi ke tengah guna garpu.
13. Ini untuk elakkan nasi patah-patah.

Cantik kejadian nasi ini. Pic tak cantik sangat sebab masa buka puasa tadi ambil gambar.
Kalau ada kacang gajus atau kismis boleh tambah.

Nasi lembut dan berderai.
Puashati.

Wafi cakap bau nasi ayam.


Makan dengan ayam bakar.

Ada juga buat sup.

Alhamdulillah percubaan pertama guna beras basmathi sukses.





No comments:

Post a Comment