Pages

Sunday, May 23, 2021

Syawal 11 - Nasi Hujan Panas

Rasa macam dah lama je raya tapi masih Syawal ke 11. Maklumlah duduk di rumah sahaja tidak beraya-raya dan ziarah. Selain ke ofis dan kedai beli barang atau jogging memang terkurunglah di rumah.

Semalam Sabtu kerja, balik sempat tidur petang.. rasa penat sangat. Since ibu puasa hari ke 7, Kawi dah siapkan sotong goreng dan tumis kobis. Malam keluar gi kedai runcit sebab nak cari pewarna makanan.

Semalam dah plan nak masak nasi hujan panas. Lauk ayam masak merah dan acar timun. Nasi berperisa ni lebih kurang sama je cara masaknya. Masak set ni jadi bolehlah makan sehingga dinner.


Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan
1. 4 pot beras Basmathi (rendam 30 minit dan toskan
2. 4 pot air
3. 1 pot susu cair
4. 1 biji bawang besar (mayang)
5. 3 ulas bawang putih (mayang)
6. 1 inci halia (mayang)
7. 1 batang kayu manis
8. 2 biji bunga lawang
9. 4 biji buah pelaga
10. 5 biji cengkih
11. 1 kiub perisa ayam
12. 3 helai daun pandan 
13. 2 SB mentega 
14. 3 SB minyak masak
15. Garam 
16. Pewarna makanan merah, hijau dan kuning

Cara-cara
1. Panaskan mentega dan minyak dalam Noxxa stir fry. Masukkan daun pandan dan 4 sekawan sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah, putih dan halia dan goreng hingga layu.
3. Masukkan beras dan kacau hingga disaluti minyak.
4. Masukkan air, susu, garam dan kiub ayam. Kacau rata.
5. Off stir fry dan tutup tudung Noxxa. Tekan HP 7 minit. Knob di pressure.
6. Bila dah bunyi beep.. release wap dan buka tudung periuk.
7. Buat beberapa lubang guna chopstik. Masukkan pewarna di setiap lubang. Tutup periuk dan tekan steam 3 minit.
8. Bila dah cukup masa release wap dan buka tudung periuk
9. Kuis nasi guna garpu dari luar ke dalam.
10. Ibu tutup tudung sekejap. Masa ni dah boleh hidang.

Ni lah kombinasi nasi hujan panas. Ayam masak merah dan acar. Ada juga ketupat palas dan serunding daging.

Lapar dah ni. Tapaukan juga untuk nenek dan Adam.

Ayam masak merah ni memang ibu buat kuah lebih. Tak pedas sangat sebab guna cili kering yang kurang pedas dan gula nise. Masukkan juga daun pandan.. ibu tak guna banyak sangat bahan. Hanya bawang besar, putih, cili kering, gula nise, garam, gula putih dan serbuk secukup rasa dan asam keping. Juga tambah sos cili dan sos tomato. Boleh juga tambah tomato puree.

Takde bubuh belacan, rempah sekawan dan halia.

Elok kejadian nasi ni cuma warna merah kurang.

Esok kena sambung puasa ya.

No comments:

Post a Comment