Pages

Sunday, May 9, 2021

Persiapan sebelum raya

Petang tadi keluar ke pekan Kapar. Niat di hati nak survey langsir kot ada yang berkenan nak belikan nenek. Ada few choices yang harga mampu milik.

Kali ni pilih maroon.. ingat kalau ada kuning lawa gak tapi yang ni pun ok.. ada 3 kaler, maroon, kelabu dan hijau. Sebelum ni torquise.  Sengaja ambil design dan material nipis sebab cucu2 nenek ramai yang kecil2. Suka lah mereka menarik2 langsir tu. Takut tercabut rail kena kat mereka pula.

Masa sampai jam 5 pm tu cik Fatin dah siap kemas dan mop. Cepatlah kerja ibu camni. Minta kak Widad gosokkan langsir sementara ibu masukkan cangkuk. Cik Fatin gantung pula. Kerja buat sama-sama cepatlah siapnya. Dekat jam 7 pm baru siap.

Selepas terawih lap2 cermin dan meja. Basuh bunga2 orkid.  Lapang dah almari nenek. Minta anak2 buah tolong apa yang perlu. Alhamdulillah masing2 ringan tulang.


Dah siap masing2 rehat... duduk berbual2.

Tinggal nak pasang karpet dan meja kopi je. Sementara ni biar lapang. Senang cucu2 nenek nak main.

Siap awal dah boleh relax2 nanti.

Tinggal masak juadah raya sahaja.
 

No comments:

Post a Comment