Pages

Thursday, May 27, 2021

Nasi Daging Air Asam

Hari ni sempurnakan puasa putih... alhamdulillah. Teringin pulak makan nasi daging dengan air asam. Nasi ni pernah makan kat Kedah sewaktu pergi ke majlis kenduri. Teingatkan ada lagi daging hari raya haritu.. boleh lah buat.

Resepi ambil dari Che Nom.

Copy sahaja.. terima kasih Che Nom atas resepi ini. Cuma olah sedikit bila ada bahan tiada. Guna bahan yang ada di rumah sahaja.. mujur kebanyakan bahan ada. Masak guna pressure cooker je sebab nak cepat. 

HP daging 20 minit dan nasi HP 7 minit.


Nasi Daging Air Asam
Sumber : Che Nom

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi (tidak guna)
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam (tidak guna)
  • Bahan untuk rebusan daging:
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • 2 inci halia, hiris nipis
    • Air dalam anggaran 7 cawan lebih
  • Bahan untuk ditumis:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 2 batang kayu manis
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 6 biji buah pelaga
  • Bahan untuk air asam:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 2 biji tomato, potong kecil
    • 6 biji cili merah, potong kecil
    • 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
    • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
    • 2 sudu besar sos ikan Thai (tidak guna)
    • 3 sudu besar gula
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar kerisik
    • Sedikit perahan jus limau nipis (tidak guna)

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk memasak:
    1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan. (HP 20 minit)
    2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
    3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak. (masuk dalam pressure cooker HP 7 minit)
    4. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
  2. Cara untuk air asam:
    1. Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
Air asam. Kena pair dengan ni kalau tak nasi rasa kering.

Gorengkan cendawan.. dah 2 minggu baru perasan ada lagi.
Sate dan pizza Adam bagi.

Elok kejadiannya.
Buka periuk semerbak bau rempah.

Walau 1st trial tapi puas hati.
Jenuhlah nak habiskan 4 pot.
Esok bekfes dan lunch boleh sambung makan cuma kena topup air asam.

No comments:

Post a Comment