Pages

Saturday, July 30, 2022

Cik Fatin Bertunang

Alhamdulillah Majlis Pertunangan Cik Fatin berjalan lancar seperti yang telah dirancang.
Rombongan datang jam 2 pm.
Majlis ringkas dan bermakna buat adik bongsu.

Taken.

Bergambar dengan nenek.

Ini bakal mak mertua Cik Fatin.
Di sebelah sana, Cik Fatin akan jadi Kak Long๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Sekejap je... kena patuh syariah.

Pelamin cantik kan... kenalah ambil gambar.

Pengantin lama.

Tunang zaman sekarang.. tunjuk terus bakal pengantin atas pelamin untuk sarung cincin.
Zaman dulu2, sarung cincin dalam bilik je.

Kakak-kakak yang over siap bertema emerald green dan pink lagi!

11 beradik.

11 beradik + 1 ipar + 1 mak.

Alhamdulillah.

ooopssss... di belakang Cik Nora ada seseorang bersuara latar seperti biasa, Nazirah @ Kancil!

Mujur ipar-ipar lain tak heran nak bergambar kalau tak penuh ruang๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Friday, July 29, 2022

Sarapan Gerai Kampung

Hari ni ibu ambil cuti sebab nak rewang untuk majlis Cik Fatin esok. Jadi beberapa hari lepas ajak Cik Baya dan Cik Cha breakfast sama-sama lepas hantar anak-anak ke sekolah. 
Since Cik Baya kerja shift malam, jadi kena lah tunggu balik dari kerja pagi ni. Lepas hantar Wafi, ibu balik rumah tidur dulu hhahahaa... hujan pulak pagi-pagi memang syiok lah. 

Dalam jam 8 am tu masing-masing berkumpul kat gerai makan Jalan Kempas.

Ibu pick-up nenek dari rumah. Copia tidak kelihatan dalam gambar sedang enak menikmati ayam gorengnya.

Nenek ambil kuih lopes, kegemarannya.

Ibu ambil lontong.

Teh tarik

Seketul getuk keladi dan sekeping lempeng cicah sambal tumis.

Banyak betul kuih-muih yang dijual.
Ada juga nasi lemak, mi kari, mi jawa dan laksa yang dimasak di situ.







Bila dah banyak sangat pilihan, ambil sahaja apa yang teringin.. nak penuhkan perut pagi-pagi tak mampu.

Alhamdulillah, sarapan pagi ni ayah taja.
Semoga rezeki Inche Jalan Rebung bertambah-tambah๐Ÿ˜

Lepas sarapan tu, ibu bawa nenek beli beberapa barang keperluan di Kedai Bismi.
Singgah rumah dulu ada barang untuk diambil.

Nenek kata taknak turun kereta. Bila ibu kembali ke kereta, nampak nenek cabut rumput.

Hahahahah... habislah kena bebel.. rumput menjalar-jalar, pasu bunga masuk parit bla.. bla.. blaa
Aiseyyyyy๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Wednesday, July 27, 2022

Laksa di Malam Hari

Malam ni kita dinner laksa je lah.
Balik kerja tadi singgah kedai beli sardin, belacan, cili giling, daun kesum dan bunga kantan. Ni kalau nenek tau ibu beli daun kesum dan bunga kantan sebiji mesti kena perli. Ye laaaa.. rumah nenek kan ada tapi macam malas nak singgah banyak tempat. Beli je lah kat kedai tapi rasa mahal pulak. Patut ambik kat rumah nenek je. Beli 5 bahan je dah RM24. Kalau beli laksa dah siap mungkin boleh dapat harga yang sama. Sebab kita nak makan ulang-ulang, itu yang buat sendiri.

Ibu guna resepi ni sahaja. Yang mudah-mudah๐Ÿ˜

By 7.30 pm baru boleh makan.
Gambar gelap sikit sebab kurang cahaya.
Kali ni buat pedas sikit.

Bahan sampingan apa yang ada sahaja.
Anak-anak cuma makan dengan telur. Yang lain tak suka .

Dapat pula makan dengan sengkuang calit Tok Abah.

Alhamdulillah untuk malam ini.
 

Tuesday, July 26, 2022

Soto Edy

Masa di ofis craving soto.. soto Edy.

Lepas ambil Wafi di sekolah agama terus shoot ke gerai Edy.
Sebelum ini berniaga tepi jalan area rumah nenek dan kemudian berpindah niaga bersebelahan rumahnya. Mereka juga ada kedai yang lebih luas di Jalan Iskandar.

Setup simple je. Belakang meja kami pun ada meja-meja lain yang dikelilingi pokok2 bunga/hiasan yang cantik.

Sampai dah soto biasa yang ibu pesan.
Rasa maintain dulu dan kini.
Sedap.

Ini kalau ada begedil lagi best!


Selain soto, ibu order 10 cucuk sate untuk kami.

Tapaukan juga soto buat ayah dan Bami.

Cukuplah dinner untuk kami hari ini.
 

Sunday, July 24, 2022

Meraikan Raja Sehari

Hari ni bawa nenek ke majlis bertandang Uncle Rizal, sepupu ibu.
Anak arwah Atuk Bar dan Nenek Timah.

Sebelum pengantik diarak masuk.

Ini selepas majlis akad nikah yang diadakan pada hari Jumaat malam, 22 Julai 2022.
Waktu ni ibu tak join.

Flower girl yang comel-comel.

Jenuh naik bukit hehe..

Antara ahli keluarga yang ada.

Kompang Seni Warisan yang sangat terkenal di kampung kami dan juga luar.
Orang-orang lama yang masih komited.
Kumpulan ini menyanyi dengan nada yang sangat synchronize antara nyanyian dan muzik mereka.
Sedap telinga mendengar.

Pengantin di atas pelamin.

Lauk pauk di meja kami yang dimasak sendiri oleh ahli keluarga.

Nenek dan Nenek Masi duduk di meja pengantin.

Pengantin sedang menikmati hidangan.

Acara memotong kek.

Duduk dengan Tok dan Nenek Usu macam biasalah... dengar tazkirah pendek.

Sebelum balik kita ambil gambar dulu.

Atuk dan Nenek Usu.

Sepupu ibu yang paling tua, Kak Zai dan Abang Azlee.

Family kita.
Oh yaa... hari ni anak-anak semua ada aktiviti di rumah jadi tak dapat join.

Dua beradik perempuan sahaja dalam family nenek.

Semoga Rizal dan isteri melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kasih sayang.
Selamat Pengantin Baru๐Ÿ˜