Pertama kali lah nampak perut muda/usus lembu ni yang belum dimasak masa kat rumah Cik Wada masa koraban haritu. Diminta pula buat kerabu.
Adehhh.. ibu dah lah tak pernah buat dan tak pernah makan pun.
Nampak pun tak pernah.
Kita minta resepi dari Cik Man je lah since Cik Man kan orang Kelantan, biasa makan.
Kalau air asam style utara tu biasalah buat tapi ini kena bubuh perut, jadi kena tanya pada yang pakar.
Resepi Air Asam Perut Muda
Bahan-bahan
1. Perut muda/usus (rebus dan potong)
2. Bawang (hiris)
3. Cili Padi (hiris)
4. Belacan bakar
5. Limau kasturi (perah ambil air)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula
9. Serbuk perasa
Cara-cara
Campurkan sahaja bahan-bahan di atas dan perasakan. Mesti sedikit masin, manis dan masam. Cuka tu bubuhlah sikit-sikit sebab ibu pun takde spesifik sukatan sebab guna bahan yang ada.
Cukuplah buat rasa๐๐
Diorang kata sedap... Alhamdulillah.
Mungkin kalau bukan ibu yang buat akan makan lebih๐๐
No comments:
Post a Comment