Pages

Sunday, July 3, 2022

Pasar Besar Sungai Besar

Habis beli barang pun dah dekat jam 12 noon. Ingat nak late checkout tapi menurut petugas di kaunter tak boleh sebab ada guest selepas itu. Jadi kami check out jam 1 pm.

Selepas check out singgah ke Pasar Besar Sungai Besar untuk beli kerepek yang dipesan rakan-rakan kakak. Ibu pun beli beberapa jenis makanan ringan untuk dikongsi bersama rakan sekerja. 

Kami hanya tengok kedai di bahagian luar pasar sahaja. Dalam tu ada pasar basah.

Antara barang makanan yang dijual.


Sedap pulak tengok bahulu tu. Haritu tak beli pun.


Kerepek sukun pun ada.


Frozen food.

Lepas selesai beli makanan yang diingini, singgah pula kedai Eco sebab Wafi nak cari stationeries. Kat Keaso tak jumpa pula alatulis.

Selesai di Eco terus menghala ke Poli kakak. Jarak dalam 29km.

 

2 comments:

  1. Meriahnya!
    Kerepek-kerepek tu...rindunya nak balik kampung!

    ReplyDelete