Pages

Wednesday, July 27, 2022

Laksa di Malam Hari

Malam ni kita dinner laksa je lah.
Balik kerja tadi singgah kedai beli sardin, belacan, cili giling, daun kesum dan bunga kantan. Ni kalau nenek tau ibu beli daun kesum dan bunga kantan sebiji mesti kena perli. Ye laaaa.. rumah nenek kan ada tapi macam malas nak singgah banyak tempat. Beli je lah kat kedai tapi rasa mahal pulak. Patut ambik kat rumah nenek je. Beli 5 bahan je dah RM24. Kalau beli laksa dah siap mungkin boleh dapat harga yang sama. Sebab kita nak makan ulang-ulang, itu yang buat sendiri.

Ibu guna resepi ni sahaja. Yang mudah-mudah😁

By 7.30 pm baru boleh makan.
Gambar gelap sikit sebab kurang cahaya.
Kali ni buat pedas sikit.

Bahan sampingan apa yang ada sahaja.
Anak-anak cuma makan dengan telur. Yang lain tak suka .

Dapat pula makan dengan sengkuang calit Tok Abah.

Alhamdulillah untuk malam ini.
 

1 comment:

  1. Sedapnya Laksa......SA pun suka buat sendiri boleh makan ulang2

    ReplyDelete