Tahun ini 10 Zulhijjah 1443H jatuh pada hari Ahad, 10 Julai 2022.
Hari Raya Haji.
Abang Imi naik motor je ke Masjid At Taqwa 1 untuk bersama kawan-kawan sebab selepas itu akan menziarahi kubur.
Kakak Widad uzur manakala Wafi penat sangat katanya tak boleh buka mata🙃
Irdina tak layan bila makngah agah. Alya kata tak kenal. Bila makngah buka mask baru dia senyum-senyum.
Ibu dan ayah balik rumah dulu. Tapau makanan untuk bawa ke rumah nenek.
Nenek buat lontong, kuah kacang dan sambal tahun. Cik Amie buat rendang ayam.
Cik Elis bawa nasi beriani, kari daging, sambak udang, jelatah dan agar2 milo.
Cik Baya yang tetiba cuti sempat siapkan nasi tomato dan ayam masak merah.
Ibu bawa udang nestum jer😅.
Cik Nora satu keluarga demam jadi mereka tak balik. Kita delivery makanan yang ada. Semoga semua cepat sembuh.
Masa ni nenek dah ke surau untuk gotong royong korban.
Gambar nak balik ni jam 2 lebih. Nak mandi2.
Balik rumah tidur dulu, rehat😀.
Lepas Asar balik semula ke rumah nenek.
Tolong sapu luar sikit lepastu basuh kulit lembu.
Malam sambung makan, chit chat.
Jam 10 lebih baru balik rumah.
Mengantuk😊
Salam aidiladha
ReplyDeleteNampak meriah sambutannya
Terima kasih wak.. salam Aidil Adha juga. Nampak meriah tapi kurang sikit sebab tak semua adik beradik berkumpul.
DeleteMeriahnya!
ReplyDeleteSalam aidil adha.
Salam Aidil Adha juga kak.. Alhamdulillah.. meriah sebab adik beradik dan anak buah dah mula ramai.. kalau berkumpul semua lagi meriah.
Delete