Hampir 2 bulan Abang Imi buat partime Foodpanda.
Ahad 3/7/2022, barulah berkesempatan bawa kita belanja makan. Itu pun ibu dan ayah hadiri kenduri dan balik ambil terus Wafi dan abang.
Restoren d'Global Cuisine By Chef Zubir, Eco Grandeur jadi pilihan abang.
Ibu kata boleh ke?
Sesekali Bami kata.
Hurmmmm...
Little sister yang gembira bila dengar abang nak bawa makan hari ini.
Since ibu dan ayah baru balik kenduri kahwin sahabat ibu dan anak-anak tak mahu ikut, maka Wafi dan Abang Imi sahaja yang order makanan.
Ibu dan ayah minum sahaja.
Ibu jarang sangat order air manis dan pelik-pelik.
Since hari ni cuaca panas, teringin pula nak rasa sesuatu yang refreshing.
Nampak pun cantik kan!
Campuran lime, watermelon, lychee, daun pudina dan soda.
Ini ayah punya... tak ingat nama dia tapi campuran lemon, lychee, daun pudina dan soda.. yang kaler biru tu tak tau lah hehehe.. mungkin perisa sahaja.
Minuman Abang Imi memang tak lari... abang tak akan minum yang pelik-pelik. Milo ais tapi level restoren yang sedap.
Ada sahaja nak usik adik dia.. biarlah Wafi nak ambil gambar pun😁
Sama seperti yang Wafi order masa birthday treat tempohari.
Sedap sangat.
Patutlah kakak selalu order bila makan di sini.
Terima kasih Abang Imi belanja kami makan.
Ehhh... Bami bayar half jer.. lebih ayah bayar.
Buat muka kasihan lah tu...
katanya Imi kena simpan duit😅😅
Semoga Allah berkati rezeki yang Bami terima.
No comments:
Post a Comment