Hari ni ibu ambil cuti sebab nak rewang untuk majlis Cik Fatin esok. Jadi beberapa hari lepas ajak Cik Baya dan Cik Cha breakfast sama-sama lepas hantar anak-anak ke sekolah.
Since Cik Baya kerja shift malam, jadi kena lah tunggu balik dari kerja pagi ni. Lepas hantar Wafi, ibu balik rumah tidur dulu hhahahaa... hujan pulak pagi-pagi memang syiok lah.
Ibu pick-up nenek dari rumah. Copia tidak kelihatan dalam gambar sedang enak menikmati ayam gorengnya.
Ada juga nasi lemak, mi kari, mi jawa dan laksa yang dimasak di situ.
Bila dah banyak sangat pilihan, ambil sahaja apa yang teringin.. nak penuhkan perut pagi-pagi tak mampu.
Alhamdulillah, sarapan pagi ni ayah taja.
Semoga rezeki Inche Jalan Rebung bertambah-tambah😍
Lepas sarapan tu, ibu bawa nenek beli beberapa barang keperluan di Kedai Bismi.
Singgah rumah dulu ada barang untuk diambil.
Hahahahah... habislah kena bebel.. rumput menjalar-jalar, pasu bunga masuk parit bla.. bla.. blaa
Aiseyyyyy😁😁😁😁
Seronoknya banyak betul kuih muih...macam- macam pilihan ada
ReplyDeleteBetul SA, rambang mata. Kalau boleh semua nak rasa.
Delete