Cerita Sabtu minggu lepas baru lah sempat nak up. Lemau betul lah bulan ni nak update blog.. terlebih makan lemak kot 😁
Jemputan Rumah Terbuka ASAS yang saban tahun disantuni. Selagi sihat dan berkelapangan kita datanglah.
Maklum ler.. dia kan dapat 4 pasang baju baru minggu lepas!
Jam 11 am kita dah sampai Dewan Komuniti Damansara.
Ayah target 2 jam di sini, dapatlah jumpa rakan-rakan alumni.
Tekak teringin makan lemang, ambillah seketul.
Sementara tunggu ayah yang dok jumpa kawan sana-sini, kita pun tak tau nak buat apa.. makan je lah kerepek2 buat penghilang bosan 😁
Lama gak lah kan kena sidai hahaha
Ambil soto pulak bila nampak budak depan makan sup.. dok jengok-jengok manalah dapat sup tu.. rupa-rupanya sebelah bahagian dewan ada meja hidangan lain. Ingatkan juadah yang sama dengan meja hidangan sebelah sini. Ambil soto je lah.. food yang lain kita tengok-tengok je. Tak larat nak makan dah.
Tepat jam 1 pm kita masuk kereta terus... ada rumah lain nak pergi.
untung dapat pakai baju anak kak..biasa anak yang paw baju mak..
ReplyDeletehujung2 ni teringin pula tengok lemang rendang,saya ni esok lusa pun ada lg jemputan open house meriah betul tahun ni
Wafi suka pakai baju oversize tu yang ibu boleh pakai. Baju ibu pun dia rembat juga.. ada satu baju kurung akak tu masa umur dia 1 tahun (sebab gambar profile FB akak tak tukar tu yang perasan), sekarang macam dah jadi hakmilik dia 😅
Delete