3 hari lepas masa kat ofis, eye vision sebelah kiri ibu jadi blurry. Masa mengadap laptop tiba² terasa kabur dan seperti ada cahaya kristal di bahagian tepi mata. Skrin laptop nampak putih tapi tulisan nampak lagi. Bila ibu tengok kertas pun sama juga... kabur dan nampak seperti kristal.
Disebabkan ini kali keempat berlaku sepanjang 2 tahun, ibu dah boleh manage. Ibu masuk bilik meeting room tanpa buka lampu. Pejamkan mata dan relax selama 15 minit. Bila dah ok dan mata dah tak rasa kabur ibu sambung kerja. Tapi tak lama kemudian terasa sakit kepala pula. Ibu ambil panadol 2 biji bagi legakan kesakitan.
Biasalah... bila tak kena rasa macam tak ada apa² berlaku jadi tak adalah nak jumpa doktor.
Kali ini tak boleh tunggu lagi... ibu kena juga jumpa nasihat pakar.
Semalam ibu buat appointment di Klinik Dr Jocelyn Wu di Hospital Pantai Klang untuk hari ini. Staff minta datang pagi sebab Sabtu klinik buka dari jam 9 pagi sehingga jam 1 tengahari sahaja.
Mulanya ibu pun tak tau nak cari doktor pakar mana jadi just search sahaja Oftalmologist Klang. Nampak review tentang Dr Jocelyn ni tinggi itu yang terus call nombor klinik. Lupa pula nak tanya Cik Baya, sebab Hospital Uitm pun ada Klinik Pakar Mata.
Ibu minta Abang Imi hantar sebab ayah ada tolong staff IIC buat marketing di Saujana Utama.
Masa ni sedang tunggu giliran, walaupun 8.30 sampai tapi dapat no 3. Disebabkan ini pertama kali dapatkan rawatan di Hospital Pantai jadi kena buat pendaftaran dulu kemudian baru diberi nombor untuk berjumpa doktor. Sebelum tu mereka bawa untuk health screening, check temperature, ukur tinggi dan berat (berat mata memandang huhu), tekanan darah dan check nadi. Semua normal tapi macam pertama kali bacaan BP 125/75. Nervous agaknya tadi.
Di klinik Dr Jocelyn Wu, nurse check dulu mata. Tutup sebelah mata dan minta ibu menyebut nombor yang tertera di dinding satu persatu mengikut saiz. Kemudian titiskan eye drop untuk besarkan anak mata(pupil). Beliau bagitau pedih sedikit. 3 titis di setiap mata. Satu persatu dibuat. Lepas titis tu mata akan rasa kabur selama 4-5 jam. Hahhh... sudah!
Itu yang nurse tanya siapa bawa ibu ke hospitak sebab tak boleh drive dalam keadaan mata kabur.
Sudah letak eyedrop tu, nurse minta duduk dulu. Boleh pejamkan mata.
Dalam masa 5-10 minit tu memang dah terasa mata kabur walaupun pakai spec.
Resah juga masa ni.
Pakai merah untuk menceriakan hari walau hati gundah gulana.
Bila giliran jumpa doktor, kaki tangan dah sejuk. Doktor tanyalah apa masalah... ada darah tinggi? kencing manis? Alhamdulillah semua ok... kolestrol?... alamak.. ini atas sikit dari border. Lama tak check rasa tahun lepas bulan 8.
Doktor gunalah equipment untuk check mata... Bila ibu check bil namanya Anterior/Fundus Photography. Doktor titiskan cecair lagi lepastu letak satu alat bulat kat biji mata. Ini memang menakutkan ibu... bila doktor letak alat tu pandangan mata ibu terus putih bercahaya... memang tak nampak apa selain cahaya. Memangggggg tak selesa. Ibu cuma ingat baca doa Nabi Yunus sahaja. Doktor kata perlukan 2 minit. Kanan dan kiri mata kena check tapi belah kiri lagi lama. Bunyi tap² macam orang tangkap gambar guna kamera.
Bila dah selesai, doktor tunjuk kat monitor apa masalah mata ibu. Doktor beritahu tentang mata kering, saraf mata, kanta yang semakin menipis dan ada sedikit katarak di bawah mata. Doktor suspek Glaucoma. Jadi untuk confirmkan kena buat scan dulu. Dr Jocelyn rujuk ibu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, HTAR. Jika benar ia adalah Glaucoma baru rawatan seterusnya akan dijalankan. Ibu tanya situ je ke ada.. boleh juga kalau nak ke Hospital Shah Alam atau PPUM.
Doktor tak bagi apa² ubat pun dan eyedrop untuk mata kering doktor suggest beli kat farmasi luar je sebab lebih murah.
10.15 am selesai dah buat bayaran semua.
Bila ibu review semula, Dr Jocelyn buat surgery untuk cataract dan rawatan mata lain kecuali Glaucoma. Patutlah ibu dirujuk ke HTAR.
ehh... masa keluar dari hospital menuju ke parkir ibu rasa terang sangat. Walaupun mata kabur tapi keadaan luar sangat terang benderang dan panas. Rasanya ia disebabkan anak mata (pupil) yang membesar dan tidak dapat dikecilkan jadi cahaya masuk mata terus. Dalam kereta ibu terus pakai spec hitam. Mujur ada satu kat kereta kepunyaan Kak Widad. Perjalanan balik tu memang ibu tutup mata sahaja.
Balik singgah OC Klang Parade.
Sebenarnya ibu lupa nak ambil gambar kat skrin atau minta dari doktor masa diterangkan masalah mata ibu tadi. Masa kat OC baru ibu teringat dan whatsapp ke nombor klinik. Doktor terus call dan tanya ibu ada lagi tak kat hospital.. kalau ada boleh buat lagi dan bolehlah nak snap gambar. Data yang lama tak simpan.. aihh... pelik... takkan takde simpan🤔
Taknak lah ibu pergi lagi.. tak apalah... nanti kat HTAR buat pemeriksaan lain.
Balik rumah rehat²... tengok TV masih blurry tapi dah kurang. Ibu tidur nak rehatkan mata. Alhamdulillah.. bangun tidur mata dah kembali seperti biasa.
Ibu tanya Cik Baya tentang Klinik Oftalmology Hospital Uitm kalau ada rawatan Glaucoma. Dekat sikit dengan rumah. Cik Baya tanya kawan nurse kat situ. Katanya kalau ada patient suspek Glaucoma akan dirujuk juga ke HTAR.
Kalau dah begitu nampaknya memang kena ke HTAR juga lah ni.
arghhh.... risau😫
Semoga dipermudahkan urusan. Risau juga pasal mata saya ni. Rasa macam tambah rabunnya.
ReplyDeleteSemoga dipermudah urusan FH, try FH check Klinik Prof. Muhaya. Kak Mieja pernah buat rawatan untuk Allysha dekat sana.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan ye Kak...
ReplyDeleteSemoga baik2 je tu. Mata kita ni mengadap komputer, screen hp. Jadinya kebarangkalian nak rosak tu tinggi.
ReplyDeletelepasni kite pulak nk asics
ReplyDeletebabyyyyy... ibu rindu💕💕💕💕
DeleteAwak kan dah banyak kasut.. bagilah chance kat abang pulak.
semga dipermudahkan.harap takde benda2 yg serius. tak suka check mata rasa pedih2 jee
ReplyDeleteSemoga tiada yang serius...aamin.
ReplyDeleteSama prosedur mcm abang Mueez cek mata hati jumaat lepas.
semoga dipermudahkan urusan...saya pun risau juga mata sebab bekerja guna PC ni lain macam
ReplyDelete