Masa ibu sampai tu Wafi dan kawan-kawan sedang rehat. Turun dari grab dengar Wafi panggil "mama".
Wafi minta ibu pergi kelas dulu. On the way tu terserempaklah dengan kawan-kawan Wafi lain yang Afiqah, Anis, Airin dan Pipah.
Ni dah selesai jumpa cikgu kelas. Wafi temankan ibu turun.
Kat ofis naik tingkat 3, kat sekolah Wafi pun kena naik tingkat 3 juga. Mujur jugalah sekolah tu ada 3 tingkat je 😁
Kelas Wafi... masa ni ramai lagi yang belum naik. 26 orang satu kelas.
Susunan meja mereka buat macam huruf W.
Tak sempat pun nak gomol-gomol huhu...
Ni masa kat kelas dengan mama Najlaa... kalau ikut plan asal mama Najlaa nak naik ETS tapi tukar plan bila ayah Najlaa dapat hantar ke SP.
Ibu, mama Alma dan Alma balik ke hotel dulu. Tak jadi check-out awal sebab nak relax dulu sempatlah lunch dan solat dulu. Kami rehat di surau hotel sebab bilik kena check-out 12.30 tengahari. Baguslah hotel ni benarkan kami letak beg di lobi dan gunakan kemudahan surau dan tandas walaupun sudah check-out. Tak boleh nak extend bilik sebab ada sekolah dah book hotel untuk calon SPM. Mereka ada bengkel menjawab soalan SPM.
Jumaat training dari pagi sampai petang. Ibu Wafa hantar dan ambil dari sekolah. Petang ayah ambil di rumah Wafa.
Dapatlah Wafi balik bermalam di rumah tokwan.
Itupun masa yang ada agak singkat sebab malam Wafi kena buat tugasan secara online dan perlu dihantar malam tu juga.
Tengahari Sabtu Wafi siapkan semua pakaian sendiri.
Ayah bawa Wafi ke Lotus SP dulu sebelum hantar ke sekolah. Cari keperluan asrama. Ehhh...tiba Wafi boleh cari semua barang yang diperlukan.
Ibu bangga dengan awak!
Sedih pula bila ayah tunjuk video Wafi sampai sekolah. Nampak muka letih je. Petang baru makan nasi ayam yang ayah belikan. Lewat makannya sebab tengahari sebelum gerak ke SP tak nak makan dulu di rumah tokwan.
**********
Coach Pete sudah update.
Nama Wafi tersenarai sebagai salah seorang batter yang akan mewakili pasukan Kedah.
Meh guna chatgpt😁
Peranan batter (pemukul) dalam kriket sangat penting kerana mereka bertanggungjawab untuk menghasilkan skor bagi pasukan mereka. Tugas utama seorang batter adalah untuk memukul bola yang dibuang oleh bowler dengan tujuan untuk mendapatkan larian dan bertahan selama mungkin di padang.
Tahniah Wafi...semoga berjaya dalam pemilihannya...
ReplyDeleteAamiin.. terima kasih auntie Linda🥰
DeleteAlhamdulillah... terpilih dah tu.
semoga terus maju jaya
ReplyDeleteAaamiin.. terima kasih uncle.. eh abang MT🥰
DeleteMajlis Konferensi Akademik tu macam hari ambil report card ke?
ReplyDeletehebatlah wafi main cricket! semoga berjaya dalam pemilihan
Betul Maz.. sekarang sekolah akan guna macam² nama yang lebih glamer😅
DeleteMakpak sebut ambil report card je hehe...
Macam2 nama sekolah letak untuk ambil report card ye. Rasanya zaman dulu takde macam ni. Bawak kad balik rumah suh ayah sign.
ReplyDelete