Plan asal nak bawa Wafi outing minggu ni. Telegram Paksi 3 beberapa hari lepas baru info tentang program gotong royong di sekolah. Jadi sekali harunglah. Tapi nak meet masa yang ditetapkan macam tak dapatlah.
Gotong royong untuk mengecat divider garisan hitam putih dan buat garisan petak parking di Dataran Wawasan. Juga menanam bunga puding dalam pasu.
Terima kasih Kak Arina share gambar.
Jam 12 tengahari baru ibu ayah sampai, memang tak sempatlah nak join.
Masa ni ibu tak jumpa Wafi lagi. Boleh bawa keluar jam 12.30 pm
Sempena program gotong royong ni anak² boys & girls boleh outing hari yang sama. Kebiasaannya pelajar perempuan outing pada hari Jumaat dan lelaki pada hari Sabtu. Exceptional pada pelajar jauh atau parents yang hari cuti berbeza dengan Kedah, boleh outing pada hari Sabtu.
Wafi taknak pergi Amanjaya Mall sebab yang outing naik bas akan ke situ. Jadi kita ke Central Square SP yang pada ibu lebih besar.
Masuk The Store dulu sebab Wafi nak slack. Kalau kat Klang, takde pun nak pergi The Store sebab terasa jauh bandar Klang tu sekarang.
Aishh.. nampak plak Habib. Masuklah... tambah pelaburan😅 sambil nak tengok layanan depa camne. Kat pintu masuk je dah ada sales assistant yang bawa ke meja pameran.
Walaupun pelanggan biasa, dapatlah juga air mineral. Ada Wafi sekali diberi 2 botol.
Ehhh... kat SCM, ada satu sales assistant bagi air mineral pada pelanggan yang ibu rasa kenalannya. Dari perbualan nampak seperti kenal rapat. SA yang layan ibu tak juga bagi air.
Bukanlah kita hadap kat complimentary drinks tu... tapi biarlah sama rata layan pelanggan.
Atau mungkin mereka ada kelas pelanggan tersendiri 🙄🙄
Macam tu je 🤨🤨🤨
Ibu soh pilih jam yang berkenan.
Fuhhh... mujur tak jadi ambil yang kanan huhu...
Entah lerrr jam yang ke berapa semenjak dia masuk asrama.
Masuk pulak kedai kasut cari sandal. Sandal lama dah longgar katanya. uishhhhh... 7 bulan je pakai.
Kemudian baru lunch kat restoren Asama Thai Food.
Suka yang sengkuang merah tu tambah² ada buah kabung.
Senang semua situ ada dari makanan sampailah keperluan lain.
Sebelum turun nampak ZUS pulak... tak jadi lah beli Tealive. Antara 3 anak, dia sorang yang minum air² gini.
Sempat lagi tapau waffle.
Sebelum sampai sekolah teringin ayam gunting pula. Mujur kat Taman Ria ada tapak pasar yang jual. Nengok pun budak² sekolah Wafi juga beli, itu yang dia taknak turun.
Jumpa pula yang special, trylah beli.
Lagi pulak ada jual tepung bungkus. Memang kena beli lah ni.
Pokok buah²an yang ditanam di kawasan sekolah, dapatlah anak² sekolah merasa.
4.30 pm gerak balik ke Kulim.
Yang ni makngah Shila bawa dari sekolah, mereka ada program kacau bubur.
Ada bihun goreng dan nasi lemak jiran depan bagi. Buat majlis sambutan hari jadi anak. Kami dijemput sama tapi tak dapat pergi sebab jaga tokwan yang uzur.
Sementara ibu ayah ada, ramai lah jiran² datang lawat tokwan. Masa tokwan sihat selalu kat luar rumah belek pokok² sambil menegur² jiran. Bila dah uzur terbaring mereka pula yang datang ziarah.
*******
Ni baru Wafi call beritahu duit yang ibu bagi tak ada dalam wallet. Wafi nak confirmkan betul ke ibu bagi. Letak dalam dompet tersorok tak kat mana² compartment.
Haishhh... nampaknya masih ada lagi kes kecurian. Yang Wafi pun satu, dia pergi letak beg kat meja DM. Dompet dalam tu. Lepastu pi surau.
Call ibu sebab takut ibu marah.
Hurmmm... walaupun sekarang dah cashless tapi tadi ibu bagi cash niat nak sedekah kat sorang kawan Wafi. Minta Wafi sampaikan.
Dah jadi macamni, Wafi kata nak guna cash yang tinggal dan ibu akan topup dalam akaun. Suruh Wafi report juga kat cikgu tapi nak dapat balik duit memang tidaklah. Dan yang pasti Wafi pun salah juga sebab careless sangat. Rasa dah pesan banyak kali.
Sampai sekarang pun masih ada...kat asrama dulu² pun ada..pernah hilang duit kelab tak silap..kita NIE muka bendahari je..tak sempat nak bagi kpd cikgu kelab lagi..jenuh mengganti...uwaaa...
ReplyDelete