Pages

Friday, July 11, 2025

Makan-makan Selepas Kerja

Ini cerita petang semalam. Adik-adik ofis ajak makan selepas habis kerja.
Reward diri selepas closing.

Mereka ajak makan grill & steamboat di Krata-B, Setia City Mall.
Bila makan beramai-ramai masing-masing lebih menggemari makanan sebegitu berbanding ala-carte.

Ada lah 2-3 orang yang tak dapat join.
Datang weekdays jadi meja banyak kosong lagi.

Weekdays bayarannya RM35 satu kepala.
Daging dan ayam perapan tu kita order baru mereka hidangkan. Orderlah berapa banyak nak makan.
Ada beberapa flavour boleh kita pilih.

Air Thai Milk Tea, sirap bandung, beberapa jenis air bergas, air kosong sejuk/panas, aiskrim, cendol ada. Oden pun sama. Sos nya pun bolehlah pilih nak mana satu.

Penutup dengan aiskrim sea salt... bubuhlah topping cendol tu sebab taknak ambil cendol.


Seperti biasa mesti kena ada gambar beramai-ramai.


Makan je pun tapi gambarnya berpuluh-puluh.
Kenanganlah mungkin suatu hari nanti akan ada yang pergi, jadi bolehlah ingat semula rakan sekerja.

Sempat lagi...

Dulu masa anak-anak sekolah, ibu tak pernah keluar makan selepas kerja, hanya bila kena entertain customer.
Sekarang bila anak-anak sudah besar dan berdikari, bila-bila officemate ajak keluar makan memang ibu akan join.
Self reward lah kan setelah penat bekerja.
Ada masa-masa kita nak enjoy lepaskan tekanan.

Sebelum balik tapaukan Kak Widad Empire Sushi dulu, ayah pula ibu minta 
singgah makan kat mana-mana sebelum balik.

Sampai rumah jam 8.20 pm nampak terang betul bulan.

Kita zoom sikit.

Insyaallah esok dapatlah jumpa omey ibu 🥰

22 comments:

  1. wahhh seronok ni....Taufik kalau ke tempat macam ni memang 2 ke 3 jam tak lari hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sesama lelaki bolehlah lama², ni ada anak² dara takleh lama² sangat. Risau depa balik lewat malam.

      Delete
  2. sesekali gathering mcm ni memang best..buat kenangan dan merapatkan ukhwah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SA. Kat luar boleh sembang dengan bebas.

      Delete
  3. meriahhhh gather-gather makan ... betul malam td bulan terang dan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. The more the merrier kekdah nya Miza😅
      Langit pun cerah, itu yang nampak terang bulan.

      Delete
  4. Kena duk lama2 tu baru berbaloi & puas makan. Syoknya ada ramai rakan sekerja sekali sekala boleh keluar makan sama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cie... lepas kerja masa lebih panjang jadi tak tergesa² untuk balik ofis berbanding keluar waktu rehat.
      Department kami ada 17 orang... dapat keluar makan 10 orang pun dah cukup meriah.

      Delete
  5. Seru sekali Mbak makan malam bersama teman-teman kerja.
    Sambil release stress, ngobrol bebas sambil bercanda, dimeriahkan dengan sajian makanan yang sangat mengundang selera...demikian juga yang pernah saya rasakan ketika saya masih bekerja.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa bekerja ni lah dapat gather dengan rakan sekerja pak.
      Nanti dah pencen cara lain pula jumpa bila berjumpa.

      Delete
  6. Kita pun kena tunggu anak² besar juga...hihihi...sekarang NIE lega tang tak ambil anak sekolah je..sebab tu dah kerja incikSuami..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega 1 perkara dah tak perlu ambil anak sekolah. Bagus suami dapat uruskan jadi Linda boleh fokus perkara lain pula.

      Delete
  7. Itulah kak bila anak2 dh besar dh boleh me time kan? Sy masih lg struggle, kena balik keja on time sbb ptg kena ambik diorg kafa lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah akan sampai masanya nanti KM. Sekarang fokus kat anak² dulu yang masih bersekolah.

      Delete
  8. Sesekali kita merasa macam ni, why not. Anak-anak dah besar, dapatlah me time sekejap. Join geng office makan-makan. Makan begini memang kena lama baru dapat menikmati semua yang ada kalau larat. Nampak sedap aiskrim sea salt tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul².. makan² gini lama sket baru puas hati, alang² keluar.
      Ingatkan aiskrim vanila biasa, member yang beritahu sea salt.

      Delete
  9. Seronok kumpul ramai2 ni. Ada la memori nanti.

    ReplyDelete
  10. Meriahnya dapat makan beramai-ramai begini.
    Tak sempat saya buka tingkat merenung bulan mengambang malam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dapat makan-makan dengan officemate memang meriah. Hati-hati jenguk keluar jendela waktu malam😁

      Delete
  11. Memang seru habis kerja bisa santai sejenak, makan2 dengan rekan kerja. Jadi rindu saya masa2 masih kerja dulu 😄. Sering juga begini. Sesekali saja, biasanya pas akhir bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... akhir bulan bisa berkumpul bila selesai tugasan.

      Delete