Hari Sabtu hari yang paling bahagia sebab esoknya Ahad masih ada satu hari lagi untuk berjimba-jimba.
Bila Ahad.... alaaa.... lagi berapa jam lagi nak ke hari Isnin. Itu sebab kalau boleh Ahad nak rest betul-betul.
Pagi tadi dengan keadaan yang agak malas, lepas solat Subuh gigih lah juga briskwalk kat Dragonfly park. Sabtu pagi tak dapat keluar sebab nak setelkan beberapa perkara.Matahari baru nak naik.
Seperti biasa ibu buat 3 pusingan tasik sahaja.
Ibu dapati hari Ahad lebih ramai orang.
Merajuk kah 😁😁
Dapatlah BW 5.2km
Balik singgah cari nasi kerabu di Mekla Nasi Kerabu, Puncak Alam.
Sampai rumah, sapu dalam rumah dan mop lantai.
Siap bersihkan diri, sarapan sorang-sorang sambil tonton filem Tamil, HIT The Third Case. Sambil-sambil tu update blog dan blogwalking.
Tunggu Kak Widad sit paper Mobile App Framework jam 2.30 - 5.30 pm nanti.
Kot dia nak jalan-jalan lepas tu, ibu onz je.
Bagi dia release tension.
Ada lagi banyak papers untuk final exam sebab baru start last week.
2/7 - SPM
6/7 - Mobile App Framework
8/7 - Web application
9/7 - SecM
13/7 -InfoSec
15/7 - Algorithm
-Waktu exam (2½ - 5½)pm
All the best Kak Widad.
Semoga Allah permudahkan semuanya.
Alhamdulillah dapat jugak keluarkan peluh tu...
ReplyDeleteCepatnya masa berlalu.
ReplyDeleteKenapalah esok Isnin ... ahaks!
sedih mengenangkan lagi beberapa jam je nak kena masuk kerja hahaha
ReplyDeletesaya kalau petang ahad selalu murung xD
Berat sekali menghadapi hari Senin ya Mbak.
ReplyDeleteSaya mengalami hal begitu ketika dulu masih bekerja.
Salam,
Bittaufiq wannajah Kak Widad 🤲🏻
ReplyDeleteCourse IT ke ni Kak?
Cantik betul gambar sunrise tu...
Malas betul nak mengadap hari Isnin kan. Ahad cepat je berlalu.
ReplyDelete