Pages

Saturday, July 12, 2025

Program Gotong Royong MADANI 2025 | Bawa Wafi Outing | Hilang Lagi

Plan asal nak bawa Wafi outing minggu ni. Telegram Paksi 3 beberapa hari lepas baru info tentang program gotong royong di sekolah. Jadi sekali harunglah. Tapi nak meet masa yang ditetapkan macam tak dapatlah. 

Gotong royong untuk mengecat divider garisan hitam putih dan buat garisan petak parking di Dataran Wawasan. Juga menanam bunga puding dalam pasu.

Mama Alya share gambar. Masa ni dah jam 11 pagi dan mereka berhenti rehat.

Inilah wajah anak²... dengan mak kawan lain pun tetap dapat bermanja🥰

Terima kasih Kak Arina share gambar.

Pantang jumpa kamera 🥰

Jam 12 tengahari baru ibu ayah sampai, memang tak sempatlah nak join.

Bersama mama Alya dan Cikgu Norwati. Cikgu Add Maths di SMK Jelutong, sekolah no 1 SPM ranking Kedah. Anak beliau batchmate Wafi. Dengar cikgu bercerita sangat bersemangat dan positif.

Masa ni ibu tak jumpa Wafi lagi. Boleh bawa keluar jam 12.30 pm

Sempena program gotong royong ni anak² boys & girls boleh outing hari yang sama. Kebiasaannya pelajar perempuan outing pada hari Jumaat dan lelaki pada hari Sabtu. Exceptional pada pelajar jauh atau parents yang hari cuti berbeza dengan Kedah, boleh outing pada hari Sabtu.

Muka happy nampak ibu.

Wafi taknak pergi Amanjaya Mall sebab yang outing naik bas akan ke situ. Jadi kita ke Central Square SP yang pada ibu lebih besar.

Masuk The Store dulu sebab Wafi nak slack. Kalau kat Klang, takde pun nak pergi The Store sebab terasa jauh bandar Klang tu sekarang. 

Aishh.. nampak plak Habib. Masuklah... tambah pelaburan😅 sambil nak tengok layanan depa camne. Kat pintu masuk je dah ada sales assistant yang bawa ke meja pameran.
Walaupun pelanggan biasa, dapatlah juga air mineral. Ada Wafi sekali diberi 2 botol.

Ehhh... kat SCM, ada satu sales assistant bagi air mineral pada pelanggan yang ibu rasa kenalannya. Dari perbualan nampak seperti kenal rapat. SA yang layan ibu tak juga bagi air.
Bukanlah kita hadap kat complimentary drinks tu... tapi biarlah sama rata layan pelanggan.

Atau mungkin mereka ada kelas pelanggan tersendiri 🙄🙄

Masuk pulak kedai jam... Wafi kata tak tau letak mana jam dia. 
Macam tu je 🤨🤨🤨
Ibu soh pilih jam yang berkenan.

Fuhhh... mujur tak jadi ambil yang kanan huhu...

Berpuas hati dengan yang ini, Casio berharga RM99.

Entah lerrr jam yang ke berapa semenjak dia masuk asrama.

Masuk pulak kedai kasut cari sandal. Sandal lama dah longgar katanya. uishhhhh... 7 bulan je pakai.

Kemudian baru lunch kat restoren Asama Thai Food. 

Happy lah tu dapat tengok handphone.. tersenyum².. entah apa lah yang ditengoknya.

Budak yang lapar, semua makanan pilihannya. Seronok dapat makan sotong goreng tepung yang menepati selera.

Tomyam depa bubuh api bawah tu. Kita pulak yang seremmmm

Dessert Thai... tak tau nama apa.
Suka yang sengkuang merah tu tambah² ada buah kabung.

Habis makan cari barang kat MrDiy.
Senang semua situ ada dari makanan sampailah keperluan lain.

Sebelum turun nampak ZUS pulak... tak jadi lah beli Tealive. Antara 3 anak, dia sorang yang minum air² gini.
Sempat lagi tapau waffle.

Sebelum sampai sekolah teringin ayam gunting pula. Mujur kat Taman Ria ada tapak pasar yang jual. Nengok pun budak² sekolah Wafi juga beli, itu yang dia taknak turun.

Kalau balik Kedah mesti cari pulut udang.
Jumpa pula yang special, trylah beli.

Lagi pulak ada jual tepung bungkus. Memang kena beli lah ni. 

Wafi bagi rambutan.. pakcik guard petik dari kebun sekolah bagi kat anak². Wafi kata pokok mangga pun ada.
Pokok buah²an yang ditanam di kawasan sekolah, dapatlah anak² sekolah merasa.

4.30 pm gerak balik ke Kulim.

Rezeki sampai rumah tokwan, dapat makan bubur Asyura style Kedah. Lama tak makan ni, pernah ibu beli bila ada yang open order.

Yang ni makngah Shila bawa dari sekolah, mereka ada program kacau bubur.

i
Ada bihun goreng dan nasi lemak jiran depan bagi. Buat majlis sambutan hari jadi anak. Kami dijemput sama tapi tak dapat pergi sebab jaga tokwan yang uzur.

Sementara ibu ayah ada, ramai lah jiran² datang lawat tokwan. Masa tokwan sihat selalu kat luar rumah belek pokok² sambil menegur² jiran. Bila dah uzur terbaring mereka pula yang datang ziarah.

*******
Ni baru Wafi call beritahu duit yang ibu bagi tak ada dalam wallet. Wafi nak confirmkan betul ke ibu bagi. Letak dalam dompet tersorok tak kat mana² compartment.

Haishhh... nampaknya masih ada lagi kes kecurian. Yang Wafi pun satu, dia pergi letak beg kat meja DM.  Dompet dalam tu. Lepastu pi surau. 

Call ibu sebab takut ibu marah.

Hurmmm... walaupun sekarang dah cashless tapi tadi ibu bagi cash niat nak sedekah kat sorang kawan Wafi. Minta Wafi sampaikan.

Dah jadi macamni, Wafi kata nak guna cash yang tinggal dan ibu akan topup dalam akaun. Suruh Wafi report juga kat cikgu tapi nak dapat balik duit memang tidaklah. Dan yang pasti Wafi pun salah juga sebab careless sangat. Rasa dah pesan banyak kali. 

26 comments:

  1. Sampai sekarang pun masih ada...kat asrama dulu² pun ada..pernah hilang duit kelab tak silap..kita NIE muka bendahari je..tak sempat nak bagi kpd cikgu kelab lagi..jenuh mengganti...uwaaa...

    ReplyDelete
  2. Alahai ada juga yang mencuri. Taktaula mana silapnya ye. Pantang letak merata je mesti hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Cie.. ada dengar yang ia jadi habit sebab pelajar tu datang dari keluarga berada.

      Delete
  3. Aduh..masih ada yg panjang tangan ye...sabar aje la..bab ni SA laginsuka kalau Dania cashless, dia pun prefer mcm tu..x sampai la hajat nak sedekah kat kawan wafi ye kak..eh..misplaced jam dpt jam baru..nasib harga x seremmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebab sekolah sudah laksanakan sistem cashless untuk kurangkan kehilangan duit. Tapi dek kerana sikap tidak berhati² Wafi, dia pulak menyumbang pada kejadian baru. Adehhh..
      Dok doa dalam hati.. janganlah Wafi ambik yang mahal tu huhu

      Delete
  4. Alang-alang ke Utara, dapat juga melawat Wafi bawa outing dan balik kampung. Saya ke Habib tak pernah dapat air botol tu. Tapi so far layanan okay je cuma pernah sekali tu je lah macam tak best, nak tak nak je layan kita. Sabar je lah kan. Patut layan sama adil.
    Seronoklah Wafi dapat outing dapat macam-macam. Aduh, bab mencuri tu sedih betul. Pernah mengalaminya tapi hilang handphone lah. Rasa roomate juga ambil. Kesal betul sampai ke harini. Harap pelaku tu insaf dan tak buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. geram kan bila layan nak tak nak.. agaknya nengok kita ni cam takde gaya nak beli😅
      Handphone Wafi tahun lepas pun hilang sampai jadi kes polis. Sebulan kemudian baru dijumpai.. camnelah budak tu simpan sampai tidak dijumpai waktu spotcheck.

      Delete
  5. zaman sekarang memang ramai betul panjang tangan....tak tahu la sikap macam tu tak patut langsung ada pada diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padahal dari rumah.. dari tadika sudah dididik.

      Delete
  6. Sama la macam Abang. Tak larat nak beli dah jam utk dia. Yang mahal hilang, yg murah pun hilang huhu ...dlm locker pun orang rembat :(
    Selain anak yg careless memang ada je jenis tangan panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena belikan jam yang boleh detect ke mana ia pergi 😅
      Kadang akak geram Wafi tu letak entah mana-mana lah, bila dah hilang macam takde rasa bersalah. Mungkin suatu hari nanti bila beli barang guna duit sendiri baru dia rasa tanggungjawab.

      Delete
  7. Bab duit hilang ni memang selalunya nak dapat balik duitnya memang payah unless ada yang nampak pelakunya. Budak tangan panjang ni kalau sekolah pun dia buat, kat Uni nanti pun sama je perangainya.

    ReplyDelete
  8. pilih bulu pulak SA yg tak bagi air kat kedai emas tu, nasib baik SA habib ni layan sama rata je. suka emas habib sebab design cantik2!

    murah jugak jam casio tu. tapi brand ni tahan lama kan. dulu kaklong saya bagi jam casio dia kat saya tahun 2016, tapi haritu hilang kat gunung rinjani pulak kalau tak hilang, mmng lama jugakla saya pakai jam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Design Habib cantik-cantik sama sepadan dengan harganya huhu... akak beli goldbar je jadi boleh tambah sikit-sikit.
      Betul... Casio jam branded yang boleh dimiliki oleh rakyat marhaen.
      Alaaaa... sayang lah terhilang kat Rinjani. Kenangan yang pasti akan diingati tu.
      Akak masih pakai jam Casio 24 tahun lalu hadiah anniversary cuma bateri lah kena kerap tukar.

      Delete
  9. Aduhai! Bab panjang tangan ni mungkin pelaku sudah biasa buat. Di mana-mana pun memang dia dapat hidu bau duit.
    Lebih berhati-hatilah ye Wafi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak, dah jadi habit pula.
      Wafi ni dah diberitahu banyak kali pun masih careless.

      Delete
  10. wafi nampak kurus sikit ye kak..dah meninggi pun ye..
    yang dekat ni pun tiap2 minggu melawat macam2 juga permintaan minta beli itu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau balik rumah mengadu dah naik berat badan... macam-macamlah dia tu, tapi makan sedap je.
      Kena dibelikan juga kan kalau anak request.. tak sampai hati pula.

      Delete
  11. wah gtg royong matjiwa....siannya duit wafi hilang...kami tak bagi cash, semua pakai qr code untuk beli dekat koop, utk mengelakkan kecurian....tapi dimana-mana tetap ada habit panjang tangan tu....seronok wafi outing....❤❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kantin dan koop pakai kad bank je, biasa memang terus transfer. Tapi ritu kirim cash nak bagi kat kawannya, masa tu pulak lah hilang huhu...
      kena bawa dia outing juga kalau tak sedih je pasai mak ayah kawan ada datang visit minggu sebelumnya.

      Delete
  12. Bagus sekali ada program gotong royong di sekolahnya Wafi, Mbak.

    Wah banyak juga ya yang dibeli oleh Wafi, dari jam tangan sampai sepatu.

    Aduh...moga ke depan Wafi lebih berhati-hati agar tak kehilangan lagi.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila outing memang ada sahaja yang dibelinya pak, lepas tu mengadu locker penuh lah 😬
      Harapnya lepas ini tak lalai lagi.

      Delete
  13. Sayang sekali case kecurian masih selalu ada dalam asrama. Tak nafikan, zaman saya pun ada. Tp biasa yg hilang benda, bukan duit. Sedih juga, semoga anak2 kita selalu takut utk mengambil hak milik orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejadian yang sukar dibendung walau sudah berkali-kali diberi peringatan pada pelajar asrama.
      Mungkin salah ibu juga bagi cash pada waktu dan tempat yang tidak betul huhu...

      Delete