Pages

Wednesday, December 10, 2025

Abang Rahimi ke JB dan Singapore

Ibu simpan sini gambar² Abang Imi jalan² ke JB dan Singapore.
Jumaat tengahari gerak ke Melaka naik bas bersama Abang Izzat. Kak Widad hantar ke Terminal Bas Klang Sentral.

Bermalam di Melaka sebab nak ke JB sekali dengan Abang Muhammad naik kereta. Abang Muhammad ada kursus tenaga pengajar sekolah memandu.

Tengahari Sabtu sampai rumah Cik Fatin di JB. Tu haaaa.. Cik Fatin sediakan set ayam gepuk.
Pandai dah si bongsu ni memasak.

Lapar semuanya.

Tidur dan berehat di JB. Malam tu adalah aktiviti luar anak² buah dan mak sedara. Tengok dalam status Cik Fatin mereka main go-kart.
Gitu lerr bila mak buah dan anak² buah umur tak berapa jauh 😁

Abang Imran juga sampai dari Singapore. Datang rumah Cik Fatin sebab nak ambil parcel.

Pagi Ahad mereka ziarah Pakcik Azmi. Ayah saudara kepada sepupu² Bami, sebelah Pakcik Anuar. Pakcik Azmi ni senior ayah di SAS.

Sarapan pagi kat luar.

Abang² besar.

Trip ni mereka berempat je masuk Singapore. Abang Imran bolehlah jadi tour guide. Tahun lepas Abang Imi dah sampai tapi bila abang² sepupu ajak lagi tak bolehlah lepaskan peluang. Pasti pengalamannya berbeza.

Gambar dah tak tersusun.
Sebelum sampai rumah Cik Fatin mereka melawat Stadium JDT dulu.



Bertiga je sebab belum jumpa Abang Imran.

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, JB.
Ni Sabtu malam masa jalan² kat JB.

Lepas dari lawat Pakcik Azmi baru mereka masuk Singapore. Naik public transport je sepanjang seharian di Singapore.

3 beradik, anak² ummi.
Izzat, Muhammad Iqbal dan Izzat.

Merlion
Ramai juga pengunjung waktu siang.

Waterfront.

Seronok tengok anak² jalan sama.
Dari kecil rapat sampai ke dewasa. 

Bami kata sebelum ni tak sampai tempat ni.

Merlion.

Tak sure kat mana ni. Ritu ibu tak sampai.

Universal Studio Singapore, Sentosa Island.



Masjid Sultan di Kampung Glam.

Makan malam di Restoren Arab berhampiran masjid. Disebabkan Abang Muhammad fasih berbahasa Arab jadi dapat good discount. Ditambah pula dengan free  Kunafa.

1 comment:

  1. Untung pandai cakap Arab dapat diskaun & free kunafa. Seronok berjalan dengan sepupu sepapat macam kengkawan dah.

    ReplyDelete