Pages

Sunday, December 7, 2025

Setetes Embun Cinta Niyala

Pagi ni kat rumah santai² layan Netflix je.

Ibu pilih filem Setetes Embun Cinta Niyala adaptasi novel karya Bapak Habiburrahman El Shirazy. Novel diterbitkan pada tahun 2005.

Niyala, gadis desa yang penuh harapan, berjuang menempuh hidup dan impian menjadi doktor. Namun takdir memisahkan cinta masa kecilnya, Faiq, demi melunaskan hutang keluarga. Dalam pengorbanan dan keikhlasan, hati mereka belajar bahawa cinta bukan hanya milik, tetapi tentang menerima, merelakan, dan tetap berharap meski jauh.

Suka cerita ni.. ada scene berlatar belakangkan bukit kecil, pantai dan laut yang cantik.

Ending pun best😅, walau sesekali menyeka air mata.

Ibu suka novel² karya Habiburrahman El Shirazy. Ada beberapa novel yang ibu baca.

Antaranya :

Ayat-ayat Cinta (2004)

Ada 2 series.

Ketika Cinta Bertasbih (2007)

Sama juga, ada 2 series.

Dalam Mihrab Cinta (2007)

Lama dah baca novel² ni. Masa tu beli dari toko buku Gramedia di Tesco Setia Alam. Bila Gramedia tutup tak ada lah nak beli buku penulis ni sebab masa tu tak jumpa lagi pembelian secara online.

Masa tu tak ada Netflix. Bila nak tengok movie kena gi cinema atau beli CD takpun tengok je lah kat TV. Movie secara online macam dari channel Youtube pun tak meluas lagi.

Sebab itu juga ibu banyak beli novel. Sekarang masuk kedai buku.. pegang, belek, baca sinopsis lepas tu letak balik. Kebanyakannya kisah yang sama.. macam drama Melayu.

Bila cari novel ibu paling suka cerita yang berlatarbelakangkan suasana di luar negara. Sambil baca sambil bayangkan tempatnya.

Banyak lah drama² Melayu yang diadaptasi ke slot drama samada di TV3 atau Astro.

Oh ya... Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta juga ada difilemkan. Cuma bila dah jadi filem adalah jalan cerita yang sedikit berbeza. Ada juga filem Bapak Habiburrahman El Shirazy ni yang diadaptasi dari novel yang ibu tak baca.

1 comment:

  1. Ayat² cinta dan ketika cinta bertasbih kita nengok filem nya

    ReplyDelete