Lama sangat tak makan sebab tak jumpa.
Beli sepinggan RM13 dah siap bersihkan. Ada juga yang masih belum bersih.
Jumaat baru sempat masak.
Bila dah masak dapatlah semangkuk.
Ibu tumis ringkas je guna cili sikit, bawang merah dan putih.
Tambahkan serbuk ikan bilis.
Terasa manis cendawan ni.
Google image
Dulu masa sekolah rendah ibu kerap tolong nenek cabut dan bersihkan cendawan yang dipetik di kebun kelapa sawit.
Bawah kolong rumah nenek pun pernah tumbuh cendawan ni.
Masa cabut cendawan ni perlu berhati-hati kalau tak ia boleh terputus.
Akar bawah tu pun boleh dimakan.
Nenek kata kalau malam bunyi guruh atau petir dan kadang-kala hujan, pagi tu akan nampak cendawan ni naik.
Namun sekarang ibu dah tak jumpa pulak situasi ini berlaku.
Ibu suka yang masih kuncup sebab ia lebih manis.
Boleh digoreng, ditumis, dimasak bening atau dibuat sup.


No comments:
Post a Comment