Pages

Thursday, December 25, 2025

Wafi Tengok Papa Zola I Benyek

Isnin malam mama Nayli whatsapp ibu tanya boleh tak Wafi join Nayli & adik² tengok movie Papazola. Ibu benarkan je. Nanti makcik Nayli akan hantar dan ambil di Setia City Mall. 

Semalam Rabu mereka berempat je di sana memandangkan makcik Nayli mengajar kelas tuisyen. Tengahari lepas kelas bolehlah ambil mereka. At least bila berempat takde lah mama Nayli risau sangat. Tiket dan makanan dalam cinema semua mama Nayli bayarkan.

Makcik Nayli jemput Wafi di rumah jam 8 pagi. Movie Papazola tu jam 9 pagi. Mungkin tayangan paling awal.

Wafi, Nayli, Medina dan Lala.

Wafi kata dalam cinema dia tidur. Mengantuk.
Adehhhh.... macam dah agak dah... Wafi mana ada tengok kartun BoboiBoy😁

Yang lain elok je enjoy layan movie Papa Zola.

Lepas movie mereka makan di CU Mart. Sebelum balik sempat Wafi beli cookies Famous Amos. 

Jam 2 pm sudah sampai rumah.

Petang ibu minta Wafi masak nasi. 

Seharian ibu rasa tak sihat di ofis. Telan 2 biji paracetamol. Balik kerja singgal panel klinik.
Dapatlah ubat demam, sakit tekak, antibiotik dan ubat batuk.
 
Sekali senduk nasi... haaa gini 😅😅

Nasi sudah jadi bubur.
Memang telan je lah... 
Makan juga sebab nak makan ubat.

Ibu tak larat nak masak sayur... makan apa yang ada je. Ibu tambahkan sambal tomato. Ritu ada buat banyak masa masakkan lauk frozen Wafi.

Lepas makan ubat rasa tak sedar diri. Terjaga bila 2 kali Wafi buka pintu bilik tanya ibu ok tak. 

Terima kasih Wafi tengokkan ibu. Ayah takde kat rumah, balik Kulim jaga tokwan.


No comments:

Post a Comment