Pages

Thursday, December 25, 2025

Hari Ulang Tahun Kelahiran Nenek

Hari ni nenek menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 76.

Ya Allah, di hari kelahiran ibuku ini, aku memohon kepada-Mu, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada-Mu. Kurniakanlah kepadanya kesihatan yang berpanjangan, afiyah (kesejahteraan), dan lindungilah dia daripada segala penyakit dan kesusahan. Ya Allah, muliakanlah dia sebagaimana dia memuliakanku sejak kecil.

Semalam geng² masjid nenek dah bagi hadiah.

Ni gambar minggu lepas nenek join aktiviti sukaneka di masjid.
Acara bowling kelapa ni memang kegemaran nenek.

Tengahari Cik Elis dah book nenek sambut lunchdate di Eco Grandeur 

Nenek Kuantan pun ada.

Cik Elis bawa Aqil sekali.
Terima kasih Aqil selalu bantu nenek di rumah.






Terima kasih Cik Elis bawa nenek makan.

Insyaallah Sabtu ni kita sambut birthday nenek 2.0 bila semua adik beradik balik rumah.


 

3 comments:

  1. Selamat hari lahir nenek.
    Moga sihat² selalu...

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun nenek..smoga diberikan kesihatan yg baik and berbahagia di samping family tercinta

    ReplyDelete
  3. Tahniahnyer
    Semoga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete