Balik dari lunch baru check-in hotel, rehat² dulu dalam bilik. Dapatlah masing² lelapkan mata sekejap.
Tempat yang kita nak tuju Art Street, terletak di Lebuh Armenian.
Ia dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia Unesco kerana ia adalah "living museum" (muzium yang hidup) dan berjaya mengekalkan identiti sejarahnya di tengah-tengah pemodenan, menjadikannya sebuah tapak yang mempunyai "Nilai Sejagat Luar Biasa" (Outstanding Universal Value).
Kids On Bicycle dilukis oleh Ernest Zacharevic, artis kelahiran Lithuania pada tahun 2012.
George Town, Pulau Pinang, telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008
Ia dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia Unesco kerana ia adalah "living museum" (muzium yang hidup) dan berjaya mengekalkan identiti sejarahnya di tengah-tengah pemodenan, menjadikannya sebuah tapak yang mempunyai "Nilai Sejagat Luar Biasa" (Outstanding Universal Value).
The Narrowest Street In Georgetown
Mural ini adalah sebahagian daripada projek bertajuk "Mirrors of George Town" sempena Festival George Town 2012.
Ernest mendapat inspirasi daripada dua beradik tempatan (Tan Yi dan Tan Kuan) yang sedang bermain semasa beliau berjalan-jalan di bandar Georgetown.
Sebenarnya ada lagi mural di kawasan bandar tapi tak dapatlah kami mencari semua atas kekangan masa dan tenaga (berjalan😆)
Nama Ais Tingkap (sherbet) berasal daripada cara ia dijual secara tradisional iaitu melalui tingkap kedai keluarga tersebut bermula sejak tahun 1919.
Ayah kata dah sampai sini kena cuba Teh Halia. Gerai ni berhadapan dengan Ais Tingkap. Jadi kami duduk sini minum teh halia dan Ais Tingkap.
Nama Ais Tingkap (sherbet) berasal daripada cara ia dijual secara tradisional iaitu melalui tingkap kedai keluarga tersebut bermula sejak tahun 1919.
Ia diperbuat daripada campuran bahan yang unik, termasuklah ais sagat (shaved), sirap ros, air dan isi kelapa, laici, biji selasih, serta getah anggur (resin kemenyan/frankincense).
Ayah kata dah sampai sini kena cuba Teh Halia. Gerai ni berhadapan dengan Ais Tingkap. Jadi kami duduk sini minum teh halia dan Ais Tingkap.
Masa seller sediakan teh halia, bau halia tu menyerlah betul. Sampaikan ibu teringat air mandian ketika dalam pantang🤭
Teh halia ni betul² dimasak dalam periuk. Masa dihidangkan tu air teh ni cukup panas. Barulah puas hati minum.
Ayah order juga sekeping roti bakar.


































Harga naik beca RM20.00 masa kami datang dua tahun lepas.
ReplyDeleteAdui....Ais Tingkap, sempat kami berbaris menunggu giliran semata-mata nak rasa.
P Peneng awal tahun Ritu, tak sanggup nak baris sama ..
ReplyDelete