Pages

Saturday, January 3, 2026

3 Jam Tonton Avatar : Fire and Ash


Tayangan jam 11.15 am

Punca masuk sini sebab nak temankan Wafi outing dengan Dania. Kalau setakat ke Setia City Mall ibu boleh drop je dan balik. Nanti boleh pickup bila dah selesai. Ni mereka nak ke i-City Central. Terpaksa lah tunggu juga.

Dari rumah Wafi suggest minta ibu tengok Avatar.... makaihhhh... 3 jam. Ibu tak decide lagi masa tu. Dah sampai i-City tak tau nak ke mana sementara Wafi dan Dania jalan². Ibu terus ke Level 4. Tengok filem apa yang sedang tayang di booth ticket. Avatar, Papa Zola, Zoothopia dan ada lagi beberapa. Kalau tengok duration kebanyakannya 1 jam ½ je. Cepat sangat lah pulak. Ibu decide tengok Avatar : Fire and Ash. Atleast kalau bosan ibu boleh keluar... kalau mengantuk boleh tidur😅

Tiket RM25

Ingat nak beli mineral water je RM4. Tapi masuk cinema kalau takde popcorn macam tak lengkap kan..... umpama cuci muka tak pakai facial cleanser 🤣🤣

Haaaa.... semua set RM20 include air dan popcorn. Takde jual popcorn sahaja walaupun saiz kecil. Terpaksa beli lah juga. Ibu ambil set mineral + popcorn.

Nahhhh... seat atas sekali.. bawah banyak kosong lagi.

Masa Avatar pertama 2009 tengok movie juga.. masa satu family tengok. Avatar: The Way of Water rasanya tengok di TV je.

Ibu sebenarnya tak berapa gemar filem/drama yang muka pelik² atau filem fiksyen macam Star Wars, Harry Porter, The Lord of The Rings. 

Tapi Avatar ni exceptional. Tertarik sebab latar belakang yang cantik dan berwarna-warni.

Filem Superhero macam Avengers, Superman, Hulk etc ibu boleh layan.

Sampai penamat ibu stay.... lagu last pun best.

3 jam tak sedar. Walau solo... takde hal.

Seat ibu J4... means sebelah kiri ibu pun solo, perempuan.

Dari awal cerita direct.. takde meleret². Ada part sedih bila Jake Sully nak bunuh Spider bila dia rasa Spider mengancam puak Na'vi.

Ibu bagi 5 star untuk filem ni.

Bagi TGV members, setiap pembelian tiket akan dapat 2 keping poster Avatar: Fire and Ash. Dapat masa redeem makanan di kiosk.

Ibu bukan members tapi staff tanya movie di hall berapa... disebabkan ibu beli tiket untuk hall Onyx, dapatlah kedua² poster.

Poster 1

Poster 2

Ni lah Varang pemimpin dari Suku Abu (Ash People) dengan watak antagonis.

Suku ini juga dikenali secara rasmi sebagai suku "Aggressive Volcanic Tribe". Berbeza dengan suku Omaticaya (hutan) yang aman atau Metkayina (laut) yang tenang, suku Ash People digambarkan sebagai versi Na'vi yang lebih gelap dan agresif.

Mereka tinggal di kawasan gunung berapi dan sangat berkait rapat dengan elemen api dan abu. 

5 comments:

  1. Tengok movie sorang2 pun layan je ye.

    ReplyDelete
  2. Geng api ni, ibarat ajaran sesat lah..hihi... Memang tak kerdip mata nengok citer ni..

    ReplyDelete
  3. Kalau 3 jam ni selalu saya dah pusing kanan, pusing kiri...hehe....Avatar ni macam kalau tengok je sekejap je. Tak sure nak tengok ke tak.

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok avatar yg 1st kot. Itu pun kat TV je..

    ReplyDelete