ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Lama tak menulis. Harap kawan-kawan ibu tak melupakan ibu 😁
Sebenarnya ritu memang takde mood lah nak tengok blog sendiri. Sesekali menyapa di blog kawan-kawan.
Menyepi sebab dok sibuk ke hospital, urusan Wafi dan kerja yang betul² memenatkan. Sebenarnya lebih kepada risaukan kesihatan ayah😫
Ayah ke klinik panel area ofis di Gombak namun dirujuk ke hospital. Drive sendiri dan terus ke Emergency Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam (HASA). Hospital paling dekat dengan rumah. 1.30 pm sampai dan dipantau kat Zon Kuning. Ibu tak adalah bergegas dari ofis sebab ayah kata tunggu je ayah update. Gambar ni masih di Zon Kuning tunggu naik wad je. 9.30 pm baru ibu sampai, Cik Baya dan Cik Man temankan. Ibu uruskan pendaftaran dulu baru ayah naik wad 8. Ayah kata siang tu, 2 orang junior sekolah yang merupakan doktor di HASA ada jumpa dan kebetulan attend kes ayah. Salah seorangnya ibu ada jumpa few days lepastu.
Rabu, 7/1/2026
Rabu, 7/1/2026
Lepas office ibu terus ke hospital. Takde awal sangat keluar office sebab minggu closing. Memang terkejar-kejar masa. Waktu melawat sampai jam 7 pm masa sampai tu 6.50 pm. 1/2 jam je ibu visit ayah.
Penjaga boleh je tunggu tapi takde lah ibu nak stay sebab ayah boleh uruskan diri. Masa tu pun Wafi kat rumah lagi jadi tak bolehlah nak tinggal sorang-sorang.
Khamis ibu tak dapat visit sebab bawa Wafi beli buku rujukan di MPH. Mujur keperluan sekolah dan asrama yang lain ibu dah beli awal-awal minggu cuti.
Jumaat dan Sabtu sekali lagi tak dapat lawat ayah sebab hantar Wafi.
Sandwich dan susu suam untuk minum petang.
Sedap oo makanan hospital.. lauk ayah haritu ikan buttermilk. Sempat lah ibu hijack sikit.
Ruang 4 katil tu dah selesa cuma bila masuk bilik seorang ni lagilah selesa sebab takde bunyi machine dari katil² sebelah. 2 malam ayah di sini tapi ibu takde lah temankan. Ayah soh ibu rehat² je kat rumah.
Pagi tu ayah dah bagitau boleh discharge tapi nurse minta datang jam 2 pm sebab ada beberapa doktor nak datang bagi kaunseling. Ibu ambil 1/2 day je. Sempatlah beli barang ayah dan makanan tambahan yang diperlukan.
Sampai HASA ibu terus ke kaunter pembayaran. Minta print bill dulu... amaun GL pulak tak cukup jadi kena follow-up dengan MediExpress untuk topup. Staff bagitau kalau dah dapat new GL, whatsapp je padanya. Tak perlu nak tunggu kat kaunter. Jadi ibu bolehlah terus ke kaunter ubat. Lama jugalah tunggu. Guna insurans company tapi ayah kata tak tau siapa agen. Nak tak nak ibu kena contact sendiri pihak insurance. Tak ngapelah... belajar benda baru. Lagipun HASA takde direct link dengan pihak insurance. Mungkin sebab semi-gov hospital dan hospital ni baru beroperasi pada tahun 2021. Harap ada penambahbaikan pada masa akan datang.
Setel ambil ubat, ibu jemput ayah di wad. Ayah sempat ke kaunter pendaftaran untuk activate apps HASA. Senang nak check tarikh temujanji. Serahkan juga surat temujanji di dua Klinik Pakar.
Jam 5 baru setel semua.. fuhhh....
Insyaallah 26/1/26 ayah follow-up.
Semoga yang baik² buat ayah dan segera sembuh.












No comments:
Post a Comment