Pages

Saturday, January 31, 2026

Dinner Berdua Dengan Wafi

Wafi Pulang Bermalam pada 29/1/2026 - 1/2/2026

Hari Khamis tu ayah jemput dari Stesen KTM.

Ini cerita hari Jumaat malam. Seperti biasa kalau balik mesti ada je lah barang yang nak dibelinya untuk dibawa ke asrama.

Ibu cadangkan ke Jaya Grocer selepas solat Maghrib. Lepastu boleh makan malam.

Pergi berdua je sebab ayah nak berehat. Lagipun ayah makan homecook dalam masa recovery ni. Ibu sempat buatkan sup sayur.

Balik singgah makan di kedai tomyam berhampiran rumah. Sebelum keluar tu Wafi kat tak berapa lapar sebab dah makan jam 5 petang. Bila dah sampai kedai ni dia kata auto lapar😁

Ini yang Wafi order.
  • Nasi putih
  • Telur dadar
  • Tomyam ayam
Ibu nak Char Koay Teow tapi KT habislah pulak. Nak makan lain gusi masih tak baik lagi.. taknaklah makan yang keras². Jadi ibu minta mereka tukarkan ke megi.

Ehhh.. sedap juga. 
Char Megi.

Fuhhh... dia boleh habis.. lepastu dia cakap nasi ni sikit kot tu sebab boleh habis ke sebab lapar.
Hamboiiii... laparlah tu.. ibu tengok kemain banyak nasi.... katanya sikit.
 

No comments:

Post a Comment