Sabtu Wafi call... banyaklah ceritanya... maklumlah... lum sum seminggu😅
Katanya check blog mama... lama tak update.. ibu bagitau lah sekian.. sekian....
Ni cerita masuk sesi persekolahan 2026.
Alhamdulillah tahun ni Wafi takde bunyi nak quit🤗
Maka teruslah bersekolah di sanun.
Jumaat malam 9/1/26 gerak dari Klang, transit rumah ummi di Tapah.
Abaikan ler abang² di belakang tu.
Sabtu gerak jam 7.30 pagi. Wafi dah siap² pakai baju batik, pakai tudung sarung dulu. Cik Fatin lah driver sebab ayah masa tu kan warded.Siap dah semua bergosok termasuk cadar dan sarung bantal. Seperti biasa bila balik rumah ibulah yang uruskan semua. Ritu balik cuti, lepas basuh ibu terus iron siap². Mana yang nak kena bawa balik asrama, ibu masuk dalam luggage terus. Senang tak payah nak cari² semula.Singgah sekolah ummi dulu sebab nak jumpa cikgu PK, nak sahkan dokumen sekolah.Ummi dan Wafi.Malam tidur jam 3.30 pagi... tak boleh tidur katanya. Haaaa.... sepanjang jalanlah tidur.
Sampai Sungai Petani jam 11.30 am.
Singgah makan di Medan Selera Taman Ria.
Gulai ikan, kembung bakar dan kerabu taugeh. Memang yummeh.Tak berapa selera katanya, ambil ayam masak kicap ke. Sebelum sampai sekolah ada pasar, beli donut bolehlah makan nanti.Cik Fatin drive solo, ibu nak tukar dia kata ok je bawak.Sampai sekolah singgah Koop dulu, beli buku sekolah, buku kerja, tali leher PRS dan pin PRS. Semua RM139.90Ni lepas hantar barang² 3-4 kali turun naik tangga tingkat 3. Tahun ni tukar ke Dorm D pulak.Aishh... susah betul nak lepaskan budak kecik ni.Orang kata nampak bumbung pun jadi lah 😆😆Sementara tunggu Wafi angkut barang ke asrama tadi, ibu berbual dengan mama Kakak Nabiha & Abang Muhammad. Geng Parents Jauh ni, rezeki beliau tahun ni dapat balik bertugas di utara. Dekatlah dengan anak².Alhamdulillah... ceria anak ibu masuk sekolah. Semoga terus bersemangat dan belajar dengan lebih gigih.




.jpg)

.jpg)












Sekejap je cuti kan...all the best Wafi....
ReplyDeleteanakdara saya masih lagi moody tiap kali nak balik asrama,bila tanya nak keluar maktab ke,geleng2 kepala..dia cakap ada satu perasaan yang susah nak cakap macam mana haha
ReplyDeleteDah seronok sekolah situ cuma ye lah kan jauh. Apapun semuga menjadi pelajar cemerlang ye wafi
ReplyDelete