Pages

Tuesday, August 25, 2026

Makan² Masa Lawat Wafi

2 hari sebelum kami ke Kedah, Wafi ada senaraikan makanan yang dia nak juga kudap²an dalam dorm. Kudap²an ibu dah beli siap² petang Jumaat sebelum bertolak.

Jadi sebelum jumpa Wafi kami beli makanan dia kat Amanjaya Mall dan Tapak Pasar Taman Ria.

Kak Widad lapar sebab tak ambil breakfast rumah makngah. Dia makan 2 ketul sushi bagi kat ibu satu.
Lepas belikan Wafi Spagheti Carbonara di Pasta Port singgah beli Zus Matcha Latte.

Kemudian terus ke arah sekolah Wafi singgah Tapak Pasar Taman Ria. Kak Widad kata nak tengok² makanan viral apa yang dijual.

Kuih Cara Crispy.
5 pasang RM6
Tak sempat rasa pun, budak² berdua ni cakap sedap. Wafi kata dah lama teringin.

Yang ini Kuih Cara Berlauk Crispy.

Tauhu Crispy pun beli tapi yang kat Sungai Rasah lagi sedap. Selain diberi sambal kicap, tauhu tu pun boleh minta salut dengan serbuk seperti paprika, cheese, BBQ dsb.

Ibu belikan kambing panggang RM12, nak makan dengan nasi lemak yang makngah belikan. Budak² ni makan cam tu je.

Spagheti Carbonara ayam. Masa beli panas² lagi... ni dah sejuk sikit tapi sedaplah lagi.

Sea Salt Cheesecake ni tak mencapai standard Kak Widad. Viral juga katanya. Patut kaler biru tapi tak tau ngape jadi hijau dalam gambar.

Beli kat sini.
Masa kami sampai ramai juga pelanggannya. Ada yang sedang menunggu soft cookies.

Churros ni beli kat Taman Ria juga. Wafi kata untuk minum petang. Ibu belikan juga untuk Najlaa.

Complete request dia sampai dinner. Untuk dinner Wafi soh beli apa² tapi tak nak nasi². Ibu belikan Ramen Spicy Chicken. 

Malam dia bagitau ramen tu pedas betul. Tak boleh habis, dia share dengan kawan.

No comments:

Post a Comment