Pages

Saturday, August 1, 2026

Habis Dah Cuti Wafi 2 Malam

Pagi ni ibu, ayah dan kakak hantar Wafi ke Stesen KTM. Kak Widad balik dari briskwalk nak tolong drive ke Sungai Buloh.

Terubat rindu kat budak kecil ni, dapatlah peluk² dua malam.

Luggage Wafi dah bersarung kali ni. Sayang betul pada luggage dia tu.. takut tercalar. Haaa elok lah tu jaga betul².. boleh pakai sampai uni.

Teropong dari jauh..  tak sure Wafi sembang dengan siapa tapi macam bertanya sesuatu. Lepastu terus beredar ke tempat duduk koc yang lain.

Pagi ni ibu bekalkan Wafi ayam masak kicap resepi Ezzah Harris, enoki dan shitake goreng tepung. Cekodok nasi dan karipap sardin untuk sarapan. Bungkuskan juga 2 ketul karipap untuk makan dalam tren.

Lepas ETS Wafi bertolak jam 10.22 am, ibu dan mak Najlaa berbual² dulu berkenaan hal persekolahan anak². 

Kemudian masing² beredar. Kami singgah Salam Noodles, Alam Budiman untuk bersarapan. Sedang elok waktu kami sampai sebab restoren baru buka. Kiranya brunch terus.

Beef Soup Noodles kongsi bertiga. Minta extra mangkuk. Sedap betul makan hari ni. Kali keempat kami datang tapi Kak Widad pertama kali.

Xinjiang Mutton Roast. Macam dah wajib menu ni. Suka betul ibu dengan menu yang satu ini, dagingnya lembut berlemak namun chewy.
 
Asyikkk menikmati hidangan.

Air free flow pelbagai jenis, kami hanya ambil Chinese Tea sahaja.

Harga sarapan pagi ini.
4 kali datang Salam Noodles memang akan order menu yang sama je.

Hari ni takde plan nak ke mana, duduk rumah layan The Auditors sementara tunggu Wafi sampai sekolah.
 

22 comments:

  1. Lately KaWi jadi driver tetap nampaknya. hihi..Sedapnya lauk ibu bekalkan untuk Wafi tu. Dah berkali-kali makan di tempat yang sama tu maknanya sedap lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan kat situ kena dengan tekak kami hehe... comfort food gituπŸ˜„

      Delete
  2. Senang kak widad drive ke mana2. Ibu dah boleh jadi mem duk sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah siap² tu yang nak tolong hantar.

      Delete
  3. Murahnya sarapan di restoran tu Kak...
    Seronoklah ayah ibu ada driver hehe
    Safe journey Wafi... Cantik casing bag dia, senang nak cam warna & coraknya menyerlah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang akak perasan portion makanan kat restoren chinese muslim biasanya besar. Tu yang rasa murah boleh makan ramai². Kalau sorang semangkuk nak menghabiskan struggle juga.
      Wafi suka lah corak² gitu.

      Delete
  4. Salam noodles ni kat cyber/putrajaya pun mcm ada x silap.. ingat² lupa mcm pernah makan hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat tempat makan dikunjungi sampai lupa ya hehe

      Delete
  5. Cepat betul masa berlalu bila cuti sekolah/kem. Sekejap je 2 malam Wafi bercuti! Mesti rindu kan? Lepas ni aktiviti rutin balik, moga Wafi terus bersemangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu lah.. cepat sangat rasanya. Kesian juga kat dia, penat kat jalan je. Mujur lah 4 jam perjalanan tu dia boleh tidur dulu.

      Delete
  6. Sarung yg wafi beli mirip dengan punya saya. Tp saya salah beli size 🀣🀣🀣. Jadi tak bisa dipakai hahahahah. Kekecilan ternyata utk koper saya πŸ˜….

    Salam noodles nih sempat lewat waktu itu, tp Krn baru makan, JD tak mampir lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr.. nampaknya kena beli koper baru la tuπŸ˜…
      Lainkali boleh try Salam Noodles pulak.

      Delete
  7. Macam kenal je stesen keretapi tu.. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.... stesen yang tiada apa²πŸ˜…. Kiosk kecik kat atas tu pun baru sangat.

      Delete
  8. fuyooo ibu ada driver. ammi pun tak sabar nak ada driver yang bolehlah diajak kesana ke mari tanpa rasa bersalah. Kyra hujung bulan 8 ni baru nak attend 1st driving class.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya lah... langkah lebih panjangπŸ˜†
      Dia lain tau kalau anak pompuan bawak berbanding suami atau anak lelaki.

      Delete
  9. Banyak bekal ibu sediakan untuk Wafi. Untung ibu sudah ada pilot. Banyak tempat akan dijelajah dengan anak dara tu nanti. Tidak pernah makan lagi Salam Noodles. Nanti hendak cuba sebab tengok daging tuh macam molek betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu seronok sediakan bekal untuk Wafi. Nanti sampai sekolah dia tunjuklah makanan tu.
      Kena try Salam Noodlea, dagingnya nipis dan lembut. Portion pun banyak.

      Delete
  10. Banyak Ezzah Haris kongsi resipi. Semuanya sedap belaka. Saya belum pernah cuba.

    ReplyDelete