Pages

Saturday, November 7, 2026

Makan² PPS

Pagi ni ibu buat bihun goreng 2 versi pedas dan biasa. Goreng karipap frozen yang Cik Cha bagi. Family Cik Baya masih tidur rumah kami malam tadi.. Cik Cha & anak² tidur di rumah nenek.

Yaya je tidur rumah makngah. Ok je Yaya ibu dia tak ada.

Cik Ana pun goreng bihun dan nasi goreng. Kitorang breakfast kat sana je ibu bawak pinggan karipap sekali. Bihun kat rumah ibu tapaukan sebahagian ke rumah nenek sebab anak² buah ramai kat sana.


Cik Nora siapkan makanan tengahari bawa rumah Cik Baya. Lepas Zohor gotong royong sambung bersihkan rumah Cik Baya dan Cik Cha.

Ibu tak pergi sebab demam dah berapa hari badan rasa tak sedap. Patutnya ibu masuk ofis pagi ni tapi WFH je akhirnya. Abang Imi lah wakilkan ibu tolong² kat sana.

Cik Fatin balik dari JB bawa food juga.

Cik Baya dan Cik Cha takyah kalut bab makanan, insyaallah adik beradik lain bantu untuk kurangkan kerja.

Malam tadi anak² buah tidur rumah nenek jadi kena angkut semua balik rumah Cik Baya dan Cik Cha.

Cik Fatin & Dina Dino.

Askar² kerahan.

Masa ibu tulis cerita ni kat luar sedang hujan beserta petir dan guruh. Blackout sekejap tadi tapi biarkan lah dulu suis utama. Nanti dah reda baru on balik. 

Family lain masih gotong-royong lagi.

Moga hujan yang sedang² sahaja dan cepat berhenti🤲
 

No comments:

Post a Comment