Pages

Tuesday, November 3, 2026

Telur Dadar Cha-om

Selalu jumpa daun petai ni kat NSK tapi tak beli sebab biasanya portion yang dijual banyak. Bila nampak dijual dalalm kuantiti yang lebih sedikit maka ibu beli lah sebungkus. Teringin nak rasa.

Daun petai Thai, yang juga dikenali sebagai Cha-om atau nama botaninya Senegalia pennata, ialah sejenis pokok renek berduri yang popular sebagai ulam dan bahan masakan di Thailand serta Asia Tenggara
• Bahagian Dimakan: Pucuk atau daun muda.
• Aroma & Rasa: Mempunyai bau kuat seperti petai dan rasa yang unik.

Durinya kecil dan tajam jadi semasa menyiangnya kena lah berhati-hati. Ambil bahagian pucuk. Bila masuk peti ais sebab taknak masak lagi.. waduhh.. kuat betul baunya.. mengalahkan petai.

Ibu buat telur dadar campur daun Cha-om ni tambah bawang besar.
Terhangit sket gorengnya 😁😁

Tumiskan taugeh + carrot.

Ada ikan fillet dalam peti ais.. entah berapa bulan. Goreng guna tepung bestari kemudian tambah bawang dan cili.
Bila makan kering begini, kena bubuh kicap atas nasi.

Ikan kembung tu beli kat pasar.. nak beli sikit je tapi penjual bagi kemain banyak sebab hujan nak tutup gerai dah. Balik rumah siang dan buat fillet terus sebab ikannya pun tak besar. 

Buat masa ini, rasanya sekali ni je lah beli Cha-om.
Nampaknya semua tak berapa gemar sebab kuat bau petainya.
Tapi kalau petai ibu suka sangat 😁

Mungkin ada cara masakan lain yang lebih sesuai.

3 comments:

  1. Tak pernah dengar nama daun tu. Macam rupa pucuk paku dah.

    ReplyDelete
  2. Apa kaitan cha on dengan telur dadar. Rupanya nama dia. Tak pernah pulak dengo. Chombee dengar le

    ReplyDelete