Selalu jumpa daun petai ni kat NSK tapi tak beli sebab biasanya portion yang dijual banyak. Bila nampak dijual dalalm kuantiti yang lebih sedikit maka ibu beli lah sebungkus. Teringin nak rasa.
• Bahagian Dimakan: Pucuk atau daun muda.
• Aroma & Rasa: Mempunyai bau kuat seperti petai dan rasa yang unik.
Durinya kecil dan tajam jadi semasa menyiangnya kena lah berhati-hati. Ambil bahagian pucuk. Bila masuk peti ais sebab taknak masak lagi.. waduhh.. kuat betul baunya.. mengalahkan petai.
Ibu buat telur dadar campur daun Cha-om ni tambah bawang besar.
Terhangit sket gorengnya 😁😁
Ada ikan fillet dalam peti ais.. entah berapa bulan. Goreng guna tepung bestari kemudian tambah bawang dan cili.
Bila makan kering begini, kena bubuh kicap atas nasi.
Ikan kembung tu beli kat pasar.. nak beli sikit je tapi penjual bagi kemain banyak sebab hujan nak tutup gerai dah. Balik rumah siang dan buat fillet terus sebab ikannya pun tak besar.
Buat masa ini, rasanya sekali ni je lah beli Cha-om.
Nampaknya semua tak berapa gemar sebab kuat bau petainya.
Tapi kalau petai ibu suka sangat 😁
Mungkin ada cara masakan lain yang lebih sesuai.




Tak pernah dengar nama daun tu. Macam rupa pucuk paku dah.
ReplyDelete1st time tgk daun petai thai
ReplyDeleteApa kaitan cha on dengan telur dadar. Rupanya nama dia. Tak pernah pulak dengo. Chombee dengar le
ReplyDelete