Pages

Sunday, August 18, 2013

Raya ke-4

Siap awal2 untuk pulang ke Klang.
Awal tak awal pun... sebabnya sibuk mencari hp Bami yang entah ke mana.
Bami cakap Wafi main malam sebelum tu.
Bila tanya Wafi letak kat beg itu... beg ini...
Last2 dia cakap tak ingat.....
adussss..

Biarlah... tak larat nak mencari.. karang lewat pulak balik.

Patung baby yang hilang sebelah tangan kat bazar Tapah.
Tak boleh berenggang langsung. Patung Dora tak bawak pun... dah kena downgrade.. hihi.. sian..

Jam 9 am baru gerak keluar.
Alhamdulillah.. cuaca sangat baik. Tak terlalu panas. Hujan dibeberapa kawasan.
Kenderaan banyak tapi flow lancar.

Kecuali dari Gopeng ke Tapah.
Anak2 dah lapar. Tak boleh pit stop kat RnR sebab packed sesangat.
Terpaksa exit kat Tapah. Dapat lunch dan rehat di tempat yang selesa.
Makanan pun sedap.

Keluar ikut jalan dalam. Lalu kat Bidor... ok trafik lancar.
Bila nak sampai Sungkai, mula lah jem juga.
Terpaksa juga keluar ikut hi-way.
Hi-way pun bersambung jem juga.
Member cakap pagi tu ada treler melintang kat hi-way.

Mata ibu dah tak larat. Terlelap.
Ayah cakap lepas dari Slim River jalan dah clear sebab dah 3 lane.
Sebenarnya kami tak pernah mengalami jem seteruk gitu sebab selalu balik raya bukan waktu peak.

Sampai rumah atuk jam 4.30 pm.
Fuhhhh.... 7 1/2 jam tu. Biasa 5 jam dah sampai huhu.
Alhamdulillah.... bolehlah sambung ziarah malam tu :)

Saturday, August 17, 2013

Berkelah di hari raya ke-2

Hamboiii.... orang lain sibuk beraya, kami sibuk berkelah.
Sebenarnya bukanlah berkelah dengan mandi-mandi walau Titi Hayun tu memang ada air terjun.
Kami ke gerai tok lang rawiwa yang bukak gerai hari ke dua kat situ.
Sesaja jalan sebelum bertolak pulang ke Kulim.

Wafi ni kan memang pantang... pantang masuk dalam kereta mesti nak tetekkk...
Kalau 3 jam otw ke mana2, maunya 1/2 jam dia boleh duduk sendiri.
Lepas tu melekat... waktu tu lah boleh senyap sikit kalau tak memang ada jer yang tak kena. ishhhhh....
Takpe lah Wafi.... asal senyap udah lerrr... walau ibu terseksa huwaaaaaa...

Sementara tunggu yang lain makan nasi lemak kat gerai tok lang, ibu bawa Wafi main kat playground.
Memang tak bagitau dia tentang air terjun kat situ, kalau tak memang wafi nak mandi.
Bami plak awal2 kata nak mandi, nak terjun, nak menyelam bagai, tapi ibu tak benarkan sebab kalau dah mandi memang lama lah jadinya.
Kawi ok, kali ni memang tak nak mandi.

Kalau nak mandi waktu tu ok juga sebab orang pun tak ramai sangat macam selalu, mungkin sebab hari Jumaat dan masih di hari raya ke-dua.

Dalam jam 1 pm kami gerak balik ke Kulim.
Gitulah suasana hari raya ke-dua :(

Wednesday, August 14, 2013

Sempat lagi....


Ni 2 novel yang sempat ibu baca sepanjang cuti raya.
OTW dalam kereta pun boleh layan.

Pinjam dai cik wada,
Dah pulang yer.

Ni beli kat Kulim.
Nampak sangat tak keluar beraya kan...

Tuesday, August 13, 2013

Muhammad Shafwan Hakim

Ni lah cousin terbaru Rawiwa sebelah ayah, baby Ramadhan.
Cucu ke-4 maktok.
Cumil... geram kakak Wafi dibuatnya.
Dok cium2 jer.


Tahniah makngah & pakjohn.
A very complete happy family :-)

Saturday, August 10, 2013

1 Syawal

Raya pertama di Kulim.
Beraya ke rumah jiran2 tetangga jer.
Kat sini, setiap rumah hidangkan heavy meal.
Ada nasi impit, rendang, kuah kacang, lodeh, laksa, mee kuah.. otak2 pun ada.
Alhamdulillah... kenyang.
Hari pertama naik 2 kilo gamaknya hihi..

 Wafi tunggu nak beraya.

Kak Widad dengan selendangnya... nasib baik dah practice dulu camner nak ikat selendang tu sebab ibu memang fail.

Bami pinjam kopiah paksu. Bolehnya lupa bawak songkok. haishhhh

 Wafi dok merajuk sebab sibuk nak beraya.

Gambar family blur jer sebab indoor n guna hp ibu jer.

Dah beraya dengan jenjiran, tengahari tu rehat laa.... ehhh masing2 tidur dulu.
Petangnya kami bertolak ke Merbuk, kampung nenek (moyang) rawiwa.


Tuesday, August 6, 2013

OTW balik beraya

Tahun ni kami beraya di Kulim.
Jangkanya malam tadi gerak ke Tapah, tapi dek kerja yang tetiba muncul terpaksa lah tunda.
Sepatutnya hari ni ibu cuti tapi terpaksa datang juga ofis. 
Alhamdulillah, kerja siap dan bolehlah kerja 1/2 hari sahaja.

Barang dah siap pack. Masing2 pack sendiri kecuali baju2 raya ibu siapkan.
Dah masing2 pack sendiri adallah pulak yang tertinggal kopiah lah grrrr.....

Gerak jam 2 tadi singgah jap rumah atuk.
Sampai Tapah jam 4 lebih. Alhamdulillah, trafik sangat lancar.
Wafi conquer lah ride tu since Isyraf & kakak Izzatun belum balik dari shopping kat Teluk Intan.
Hamboiiiii sakan depa yer.

 Wafi yang sibuk dok tanya bila nak balik kampung.

Nak jumpa atuk wan katanya.

Insyaallah esok pagi2 akan meneruskan perjalanan ke Kulim.
Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan kami.
Amin....

Saturday, August 3, 2013

Resepi dari blog untuk Iftar

Ramadhan ni nak berblog pun tak berapa sempat.
Laju2 je lah taip hehe...
Sepanjang bulan puasa ni masih sempat lagi memasak untuk anak2 walau sampai rumah menginjak jam 6.10 pm.
Bulan puasa ni balik macam biasa tapi terpaksa melalui bazar ramadhan dan pelajar sekolah yang pulang jam 5.30.
Tak termasuk pekerja2 dari arah Klang, Shah Alam atau KL yang pulang lebih awal.
Sabar jer lahhh...

Sampai rumah gegas ke dapur. Masak pun simple2 jer dapat 2 lauk satu sayur dah cukup untuk anak2.
Dah terbiasa makan nasi. Kuih muih ayah jer rajin membeli. Tu pun tak banyak sebab ayah jer makan. Kami tukang cuit2 jer.

Setakat ni 2 kali jer beli lauk siap sebab keje lewat dan satu lagi lupa nak turunkan lauk mentah dari freezer.
Buka kat luar bukan pilihan. Setiap hujung minggu buka kat rumah atuk. 

Masa cuti je lah buat kuih sendiri. Tu pun yang penah dicuba. Tak rajin pulak nak mencuba resepi baru.
Antaranya yang sempat disnap:-

Puding tembikai. Ni dari blog CA.

Cara Berlauk dari blog yang sama. Sangat recommended.
Haritu adik beli cara berlauk dari bazar ramadhan.... uhhhhh sangat x best dan tak lembut macam ni. ai tell u.
Cik Wada cakap ibu punya mewah dengan isi.

Ayam Panggang dari dapur mamasya nun di kaherah. (jumpa blog ni dari blog CA).

Talam Sagu dari dapur Kak Ummi
.
Baked Macaroni, juga dari dapur mamasya.

Air jagung dari dapur Kak Ita. Kalau tengok gambar sini memang tak best la walau rasa sedap sangat tapi tengok dari Kak Ita punya blog memang sangat menggoda.

Gambar malas nak adjust. Entah napa asal transfer gambar jer terbalik2 :(