Pages

Monday, June 27, 2022

Wafi Demam

Hari ini ibu ambil cuti kecemasan.
Omey demam.

Hari Jumaat lepas balik sekolah, Wafi mengadu nafas terasa panas. Lepas makan dan mandi, ibu beri sebiji paracetamol. Lepastu terus tidur sehingga pagi.

Dalam jam 10 pagi tu ibu suapkan bubur dan beri lagi sebiji paracetaml.

Demam semakin kebah.
Tengahari tu minum air kelapa yang Cik Wada belikan. Masa tu ibu kat luar lunch dengan collegue.

Alhamdulillah.. elok lah sabtu dan Ahad.

Dilema juga kalau Wafi demam sebab Sabtu nak visit kakak. Kalau Wafi demam tak dapatlah ibu dan Wafi pergi. Kakak pula pasti sedih (knowing her..) kalau ibu tak ikut serta dan hanya ayah dan abang pergi.

Gambar ni dalam perjalanan ke Sabak Bernam. Happy nak tunjuk hadiah topi kait katak pada kakak.

Malam tadi masa ibu nak masuk tidur, ibu dengar Wafi macam mengerang. Dah agak dah.. kalau tidur berbunyi pasti Wafi demam. Ibu lap dahi dan sapukan EO Lemon di tapak kaki. Kemudian diffuse lemon,

Malam beberapa kali ibu jaga tengok Wafi. 

Pagi ni masih terasa panas badannya walau Wafi kata sejuk, jadi ibu cutikan sahaja.

Sekarang masih tidur... ingat tadi jam 9.30 nak bawa jumpa doktor... tunggu dulu lah sebab Wafi kata nak tidur dulu.

Dah cakap nanti jam 11 pagi boleh lah bangun,

Edited : 

Jam 11.30 pagi tadi bawa Wafi ke Klinik Annur.. sekali tengok kat luar tu banyaklah kasut dan ada pesakit sudah tunggu di luar. Pasti ramai. Teruslah menghala ke Poliklinik & Surgeri Meru Jaya. Situ pun ramai. Wafi tak sanggup nak tunggu katanya. Ok lah kita balik dulu. Petang nanti pergi lagi.

Otw balik tu ibu belikan air kelapa bagi badan sejuk.

Jam 5 pm bawa lagi ke Klinik Annur. Ramai juga tapi tak seramai pagi tadi.
40 minit baru dapat jumpa doktor, Dr. Zainal.

Demam 37.9!
Paru-paru semua ok.

Ibu minta MC untuk pagi tadi juga sebab Wafi tak ke sekolah dan ibu beritahu dah datang tapi ramai orang.

Doktor kata ini tak boleh sehari MC sebab sekarang ramai kanak-kanak mengalami demam. Juga virus influenza yang sekarang ni aktif. 
Ok lah kalau camtu, mungkin doktor akan beri 2-3 hari macam Adam dan Ain dapat.

Sekali bila dapat surat MC tu doktor bagi 5 hari...

Adehhhh.. 

Cepat baik ya Wafi!

Friday, June 24, 2022

Musim Durian Tiba

Musim durian sudah bermula beberapa minggu lepas. Di awal musim sudah tentulah harga agak tinggi jadi keinginan untuk membeli tu kurang. Tahun lepas puas makan bila Cik Rasul bawa durian dari beberapa tempat.

Petang tadi bila Cik Rasul beritahu ada durian dari Pahang nak sampai.. ibu pun hati dah berbunga-bunga hahha

Apatah lagi harga yang ditawarkan agak murah dari yang dijual di sekitar Meru dan Bukit Kapar.

Durian kahwin RM12/kg manakala durian kampung RM9/kg.

Orang pertama sampai😅

Terkial2 lah pilih sebab Cik Rasul jual je.. siapa nak pilih sendiri.

Ibu beli 2 biji durian kahwin dan 2 biji durian kampung. 4 kg semua.


Kat situ dijamu juga durian. 

Buah cantik-cantik walaupun durian kampung.



Creamy.

Bila sampai rumah dok fikir sapa plak nak makan. Hantooo durian Kawi je.. lagi 3 orang buat tak tau je.. nampaknya ibu kena makan sorang ke ni. Takpun frozen kan jel ah.



 

Wednesday, June 22, 2022

Ikan Cencaru Bakar

Rasanya dah lama kot ibu tak bakar ikan. Hari ni masa kat ofis rasa teringin nak buat ikan cencaru sumbat. Hari tu dah siap beli 2 ekor ikan cencaru. 

Daun pisang banyak.. petik je lah hahhaa..
Selalunya dipandang sepi je pokok pisang tu kecuali petik untuk dapatkan pelepah buat seni anak-anak.

Pemanggang ajaib ni entah bila lah kali terakhir dipakai😁😁😁😁
Beli masa viral dulu... orang ada kita mesti kena ada!!! hahahah
Masa tu rajinlah panggang ayam atau ikan.
Bila dah ada airfryer terbiar sepi dalam kabinet.

Rasa seronok plak bila panggang menjadi!

Ibu hanya guna rempah segera Adabi ikan bakar dan nasi goreng.. kemudian tambah gula. Gaulkan bersama kelapa parut. Adjust rasa dan sumbatkan belakang ikan.

Bakar 2, seekor je dimakan.. ibu dan Wafi makan berdua. Bami tidak sihat jadi tak teringin makan dan ayah plak sudah makan otw balik rumah. Menunggu jalan clear dari jammed, maka ayah makan dahulu.

Simpan lagi seekor dalam peti sejuk,

Ibu juga gorengkan telur dadar.

Tomyam sayur.
Ibu tambahkan daun ketumbar.

Ini pertama kali masak tomyam tambah daun ketumbar. Ibu dah boleh tolerate dengan rasa daun ni bila kerap makan tomyam di restoren Thai.

Dulu memang tak suka sebab ibu rasa daun ketumbar ni rasa sonkglong/kelkatu😁😁






 

The Visit

Netflix
Filem 2015

Becca dan Tyler duduk dengan datuk dan nenek mereka selama seminggu. Mereka tak pernah pun jumpa sebab masa mak ayah tinggalkan rumah tu 15 tahun lepas. Mereka berhasrat untuk mendokumentarikan kisah staycation mereka bersama datuk dan nenek. 

Mak Becca dan Tyler ni taknak dah cakap dengan mak ayah dia sebab peristiwa 15 tahun lepas. 

Manakala, datuk dan nenek ni baiklah macam orang tua biasa sehinggalah berlaku perkara yang agak meragukan.

Becca dan Tyler tunjuklah video datuk dan nenek mereka dari atas rumah tanpa pengetahuan mereka.

Danggggg.... 

mak dia kata itu bukan datuk dan nenek kamu!

Monday, June 20, 2022

3 Minit Fakta : Pemerintah Unggul


Bacaan ringan malam ni.

Pemerintah dalam sejarah dunia.


Senarai nama.

Penulisan dalam bentuk ilustrasi ringan.


Walau karektor kartun tapi sama kan... tang misai tu🤣

Jumpa dua ni je di Popular, Aeon Bukit Raja.

Keluaran Gempak Starz Sdn Bhd yang publish Lawak Kampus.

Sunday, June 19, 2022

Nasi Ayam Penyet

Pagi ni balik dari jogging ibu singgah kedai beli stok lauk. Dah terfikir nak masak nasi ayam penyet je hari ni. Sampai rumah buat sarapan sendiri. Untuk Bami dan Wafi since mereka nak bangun lambat, makan nasi je lah nanti, early lunch. Tengahari nanti ibu dan ayah nak ke kenduri kahwin anak jiran seberang jalan.

Ayam tu ibu buat simple je lah takde letak rempah sebab wafi kurang gemar. Ayam yang direbus dah ada halia, garam dan serbuk secukup rasa. Ibu tambahkan kicap dan sos tiram. Goreng sekejap secara touch n go je. Cuma nak nampak caramalised je. Tempe dan tauhu salut dengan tepung Bestari.

Sambal ayam penyet yang tak pedas sebab guna cili merah besar dan beberapa cili padi je. Bami kan tak gemar masakan yang pedas.

Sup pun ringkas hanya tambahkan lobak merah dan daun sup dan bawang.
Ibu dah tak tambah serbuk lada putih atau rempah sekawan.

Beras biasa terlupa nak beli tadi. Pakai je lah beras basmathi. Ni pun style nasi ayam tak berapa nak rajin, hanya guna sup rebusan ayam dan daun pandan sahaja.

Lengkap lah juadah hari ini. Boleh makan sampai ke malam.

Hari ni duduk sahaja di rumah sambil menunggu Wafi siapkan folio Muzik dan Bahasa Arab.
 
Abang kata dah macam pelajar IPT pula. Kena cari bahan semua.

Mujur semua di hujung jari. 

Saturday, June 18, 2022

Sarapan Pagi di Kak Ar Kelate, Puchong

Pagi ni plan untuk jogging terpaksa ditangguhkan. Lepas Subuh tidur semula (teruk perangai!) sebab baru tidur 2 jam. Habiskan drama Thai, Game of Outlaws jam 4.30 am pagi tadi. Marathon dari semalam. Boleh tahan mata ni mungkin Jumaat semalam cukup tidur petang. Tak mahu layan drama masa weekdays. 

8.30 am dah kena keluar rumah sebab ada breakfast gathering batch IT ayah di Restoren Kak Ar Kelate. Dalam 13 orang lah gitu termaksuk Cik Reha owner restoren.

Masuk restoren, tersaji pelbagai jenis masakan Kelate yang sangat lah pelbagai.

Pelbagai jenis sup. Ada juga nasi air.

Mi celup.
Sebelum balik ibu bungkus kuayteow celup dan sup daging + urat keting.

Lauk-lauk nasi kerabu.
Daging bakar tu sangat menggoda.

Lauk pauk nasi berlauk.
Ibu tapaukan nasi berlauk ayam goreng dan kulit ayam goreng salted egg untuk Wafi dan Bami.

Gulai kawah.

Kuih muih. Ibu cepat-cepat bungkuskan 2 pack cream puff untuk anak-anak.

Lompat tikam pun ada.

Nak beli kole kacang tapi portionnya banyak nya la hai...

Bersih kedai Kak Ar.

Bersilih ganti pengunjung yang datang.

Suka tengok pokok-pokok yang tergantung di keliling restoren. Nampak cool je.

Laksam dan laksa, complimentary dari tuan rumah.

Pulut dan rendang yang super delicious.

Kek batik lagi.

Antara yang awal sampai. Ambil gambar dulu sebab diorang tak sabar nak makan pulut kuning.

Diorang minta ayah potong sebab katanya ayah yang initiate gathering ni😁

Sebelum balik.
Sebagai kenangan bersama-sama kawan juga kawan ibu walau tak sama course tapi kenal : Capah, ayah, Atuk Azhar, Effa, Nely, Lin, Nora, Dewi, Kaedah dan Jim.

Terima kasih Reha atas hospitality.
Mereka bungkuskan juga pulut kuning dan rendang.
Alhamdulillah... rezeki pagi ini.

Wafi kata kata breakfast tapi lamanya... ok lah.. jam 1 kita angkat kaki.

Balik rumah lepas solat Zuhur mata dan takleh tahan. Sedar-sedar hampir jam 5.30 petang.

Lepas solat asar tu kena keluar rumah juga kalau tak otak rasa bengap je😂😂

Cabut2 rumput, sapu-sapu daun dan bakar tepi rumah. Barulah keluar keringat. 
Happy sket.

Masuk rumah sediakan dinner plak. Sempatlah siap lepas maghrib.

Pisang goreng dan megi je😎😎😎

Tak nak masak nasi sebab tengahari dah makan heavy.

Masa nak makan Wafi baru cakap esok nak buat folio Bahasa Arab dan Muzik. Naik hijau juga lah ibu.. kenapa semalam taknak buat.. siang tadi pun tak terus buat. Lepas makan minta Wafi dan ayah terus pergi kedai beli bahan yang diperlukan.

Balik Wafi terus buat folio Muzik. Esok sambung Bahasa Arab pula.

Mujur ibu belum jadi naga!