Ada roti Gardenia sebungkus Cik Awie bagi tak termakan, expired dah semalam huhu. Roti masih elok lagi. Teringat ummi ada beritahu roti boleh buat cekodok. Jadi ibu siat-siat masukkan dalam blender, bubuh air secukupnya dan garam sikit je. Pastu blend.
Masukkan dalam bekas dan tambahkan carrot, daun saderi, bawang besar dan udang. Udang tu ibu beli yang frozen sudah siap kupas. Masukkan 2 sudu tepung gandum sebab batter tu tercair sikit.
Kemudian goreng.
Agaknya api terbesar jadi warna geseng sket atau kemungkinan sebab ada yis dalam roti.
Lembut di dalam dan rangup di luar.
Makan dengan sos cili Life.
Hari ni plannya nak sambung kerja ofis sebab next week ofis cuti panjang 5 hari dari 16hb. Ada beberapa report kena submit by Jumaat, 18hb dan sebab cuti maka 15hb lah kena hantar.
Semalam Sabtu kerja penuh satu hari sebab ganti 18hb makanya terasa padat betul jadual kerja minggu ni.


No comments:
Post a Comment