Pages

Friday, September 25, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam

Cerita hari Khamis, 3/9/2026

Ibu sepatutnya ambil 1/2 day untuk bawa Wafi ke BSN, ganti kad bank yang dikatakan "hilang" tu. Namun leave ibu tak approve, bos hanya benarkan ibu ambil Time Off sahaja. Cadangnya lepas setel urusan bank nak bawa Wafi pergi SCM, makan² kemudian beli barang asrama.

Bila dah gitu, ibu ambil Wafi kat rumah, bawa ke BSN lepas tu belikan makanan. Ibu minta Abang Imi ambil Wafi jadi ibu terus masuk ofis semula.

Balik kerja ganti balik plan yang tertangguh. Kita pergi makan berempat di Hock Kee Kopitiam lepas solat Maghrib.

  • Kaya Butter Toast (tiba² tukar potongan biasanya memanjang)
  • Koay teow goreng (dah jadi favourite Kawi)
  • Bihun Tomyam Seafood
  • Hor Fun
Nah bersusun² udang, semua taknak makan.. bubuh pinggan senang sikit nak kopek.
Ibu je makan.

Bawa Wafi ke sini sebab dia tak pernah sampai.

Budak yang paling lapar. Dia boleh habis semangkuk bihun tomyam.
Sedap sangat katanya. Kenalah tu dengan citarasanya.

Sebelum balik tapau egg tart dulu. Belikan juga untuk Cik Wada, sebagai buah tangan. Wafi nak jumpa dak Saif, rindu dah lama tak jumpa.

Habis Saif digomol² kakak².
Pasrah je dia ni.

Last sebelum balik.
15 minit je takleh lama. 
Dak tecik ni nak tidur dah.

 

6 comments:

  1. awat tk mkn udang tu..rezeki ibu la dpt mkn smua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa memang tak minat udang, lebih suka sotong.

      Delete
  2. Untung la ibu, depa tak mau udang tu :)

    ReplyDelete
  3. Saya nak egg tart tu hihihiii....Udang yang bersusun tu pun bagilah kat saya.

    ReplyDelete
  4. Isssh saya akan happy sangat kalau ada udang, dan yg lain tak nak makan 😂😂😂. Langsung saya habiskan semua 🤭🤭.

    Kalau menu pakai kuah Tomyam, itu memang sedap laah biasanya 😁😍

    ReplyDelete