Pages

Thursday, June 14, 2012

Alasan dan kemalasan

Hanya kerana sepasang kasut sukan... ibu dah rasa malas.
Ya.. malas untuk melakukan rutin senaman.
Minggu ni jer hanya sekali menjejakkan kaki atas threadmill.
Ini gara2 kasut sukan yang dah terkoyak kat tapak kasut.
Sakit hooooo kaki bila tapak kasut tu bergesel ngan TM.
Panas semacam je kat tumit kaki.
Jadi ada alasan untuk tak wat senaman.

Tapi tulah... bila tiada aktiviti mengeluarkan peluh, mulalah toksin2 dalam badan menjadi aktif.
Ehhh.. aktif yang tak baguslah... berkumpul dalam badan jer..
Badan pun rasa letih, malam jam 8 kalau boleh nak tidur.
Kat ofis jam 12 tghari boleh terlelap kejap.
Ishhhhh..... syaitan dok melekat kat mata.
Pagi jam 6 pun masih bermalas-malasan.
Sambung balik kunci jam sampai 6.15 am.
Sib baik Bami & Kawi sekolah, kalau idak memang menyambung lagi ler tidur tu.

Ayah dah bagitau nak gantikan kasut sukan tu... hoyayyyyyy....
Alamak... kalau dah beli kena pakai lah plak.
Tak bolehlah nak bermalas2 lagi.
Sebenarnya tu semua kemahuan sendiri lah kan..
Kalau sedar diri buat.. kalau tak sedar... malas lah jadinya.

Ok... Incik Jalan Rebung, insyallah, start dari esok saya buatlah....
Badan pun dah rasa berat jer... (ehhh memang berat pun), rasa tak fit pulak..
Nanti Incik Jalan Rebung balik dari outstation mesti tengok bini incik ini dah kelihatan sihat.
Tapikan kalau still nampak lesu tu... maksudnya saya sibuk menguruskan 3 orang permata tu lah yerr hehehe...

No comments:

Post a Comment