Pages

Friday, June 15, 2012

Hari Interaksi

Hari ni lah plak ayah dok sibuk gi outstation.
Hari Menandatangani Kad Laporan @ Hari Interaksi.
Kawi dah pesan, cikgu cakap bukan pukul 7.00 @ 8.00 tapi jam 9.00 baru datang.
Ahhhh... lambat sangat.
Jam 8.30 ibu dah terpacak depan kelas Bami.
Ibu orang ke-2. Cikgu Nurlizah Banun ok jer.. katanya lagi bagus sebab takyah tunggu sampai tengahari.
Best arrrr cikgu mcm ni, memahami ibu bapa yang akan bergegas ke tempat kerja.
Dah cot cet cot cet pasal Bami, singgah beli buku latihan Kawi dulu.
Sampai kelas Kawi ada 2 ibu di depan. Ok lah tak ramai.
Tup2 .. ehhhh Cikgu Johari Ahmad lah... dulu mengajar kat SMK Meru.
Kalau tak silap ajar ibu Geografi.
Baru thn 2010 join SKBK.
Katanya Kawi becok mulut kat kelas.
Ayat yg cikgu cakap ttg Kawi katanya..
"Ayah saya pensyarah kat IIC, ibu saya akauntan.... terror kan"
Alamak Kawi.....
Harap2 Kawi dan Bami teruskan usaha hingga jaya.
Ibu ayah sentiasa doakan yang terbaik.

Cuma ibu yang masih tak paham tentang pesanan Kawi.
Pada ayah.... ayah nanti kalau datang sekolah adik jangan masukkan baju tau... adik malu.
Dik, ayah tak datang pun :(
Pada ibu plak masa ibu tunggu duduk kat kerusi luar tu kan ibu silangkan kaki.. bolehnya Kawi tak bagi.. soh sorokkan kasut.
Ibu.. adik malulah.. kenapa ibu pakai kasut ni.
Siap tutup2 lagi duduk atas riba takut ibu julurkan kaki. hurmmm
Alololo... dik oiii... itu kasut sarung Scholl tau bukannya seliper jamban.
Tak paham lah... Kawi ni... banyak nau menda yang boleh memalukan dia.
Kawan2 adik tak tengok pun kasut ibu.

Jam 9.15 dah settle semua.
Bami & Kawi balik rumah atuk.

Sesi pagi dah settle.
Petang ni plak.. tapi dah pesan kat anak2.. petang ibu datang paling lewat.
4.30 baru keluar ofis.
Time off 1 jam sebab tak nak ambik leave.
Tunggu sampai ibu datang..
Bami lahh.. senget2 muka mintak ibu datang cepat.. jadi boleh balik cepat.
no no.. Bami.

ehhhh... pagi tadi ibu dah kembali ke rutin biasa... exercise pakai kasut sukan baru!!!
20 minit cam sekejap jerrr...
camni tiap2 bulan ayah belikan kasut baru yerr hehehe....peace.


2 comments:

  1. Budak2 mmg macam tu ek? Anak2 saya pun tadi dah pesan suruh ibu pakai baju ini dan tudung ini. Dorang pulak yg jadik mcm image consultant. Ibu kena cantik2 datang sekolah nanti. Nak cantik macam mana?? Si ibu jalan pun terkengkang2, dari jauh nampak tak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa.. baru nampak post ni.
      Anak bongsu pun sama sekarang, pesan kat ayah ibu jangan pakai pelik dan over 😁

      Delete