Pages

Thursday, June 7, 2012

Klang-Kulim-KB-Rantau Panjang-KB-Klang... fengsannnn...

Majlis bertandang Cik Baya dan Pakcik Man berlangsung pada Isnin 4/6/12.
8 kereta dari Klang.
Tapi satu kereta dari Kulim.. kamilah lah tu!!!
Jumaat lepas ibu ambik half day.. Kol 3 bertolak dari Klang.
Sampai lambatttttt.... tak pernah selambat nih.
Jalan jammed dari tol Juru sampai exit ke Kulim.
Rupanya ada perhimpunana belia kat Alor Setar.
Perghhhh.... penatnya melayan anak2 dalam kereta.

Sabtu pagi.. taklerr pagi sangat.. kol 10 bertolak pulak ke Kota Bharu.
Ayah nak rasa jalan ikut Grik sebab nanti bulan 9 pun akan ulang balik sempena majlis bertandang mak ngah.
Jalan memang berliku2... lalu kawasan gajah melintas, Tasik Banding, juga pit stop kat Titiwangsa..
Keluar dari kereta terasa nyaman.. macam kat Cameraon Highland walaupun cuaca panas terik.
Sampai ke KB lebih kurang jam 4 petang.
Tu pun sebab banyak trafik light yang melambatkan perjalanan.
Masa kat trafik light tu boleh nya terpandang kereta yang sebelah haluan. Pemandunya rupa sama macam Auntie Fauzan.
Bila sms, rupanya betul.. adik auntie Fauzan.
Auntie Fauzan plak kat KB, Peringat. Ajak singgah ke sana tapi tak sempat.
Sementara tunggu kereta2 lain yg dari Klang kami makan dulu kat sebelah Billion.
Perghhhh lapar sangat.. semua habis.
Nak ke homestay tu kena tunggu pakcik Man jemput sebab dah banyak sangat pusing kat situ.. ayah pun dah pusing hehe..
Diorang sampai dekat kol 8 lebih..
Malam tu makan2 kat umah pengantin.. sedapp...

google image

Pagi Ahad, semua bersiap2 nak ke Rantau Panjang.
Sampai sana ambik 2 bilik so senang kalau dah penat shopping leh rest sekejap.
Sempat ibu borong pinggan mangkuk corelle, narita & bantal angry bird.
Baju tidur wafi & kawi.
Corelle 'plum' (sbb nak samakan corningware yg beli kat Langkawi dulu) tu ibu beli pinggan 10 biji (RM32/pc) , mangkuk besar 2 biji (RM37/pc)  dan mangkuk leper sket 2 biji (RM29/pc). Lebur RM452.00 tapi puas hati bak kata auntie Fauzan... just reward yourself.
Ibu beli satu2 sebab kalau beli yang set tu, ibu tak berapa berkenan kat cawan/mug dia.
google image
errrr... rasa nak ulang lagi lah ekekeke... ada bran incik jalan rebung????
Bami shopping jersi sendiri.. ikutlahhh duit bami kan... 4 helai semua perghhhh....pandai anak bujang nih pilih corak yg berkenan dihati.
Kol 4 lebih semua bertolak balik.. rehat2 dulu.
Kol 8 mlm shopping lagi kat Wakaf Che Yeh.
Orang punyalahhh ramai.
Compared to uptown kat Klang Sentral, kat WCY lagi best.
10.30 dah balik.. tak larat nak berjalan.. Wafi pun dah restless..

Pagi Isnin bekfes kat kedai depan homestay.
Nasi kerabu... aghhhhhh nikmat!!!!
Serunding ikan dia mabeles!
Jam 11.00 am dah berada kat rumah pengantin.
Kami jer campur sedara mara. Tak ramai sangat.
Jemputan maybe jam 12 lebih.
Kami bersiap dari homestay dulu.
Dalam 2.30 gerak balik ke Klang.
Aduhhhh.... 10 jam perjalanan.
Sib baik bertembung 4-5 buah lori balak jer..
Ada plak lori terbalik jatuh muatan kayu lapis.
Tu yang lambat..
Singgah solat & makan kat Benta, Pahang.
Jam 12.30 sampai rumah.
Adehhhhhh...fengsann..
Paling jauh ayah drive.. memang marathon.. syabas Encik Jalan Rebung!!!
Alhamdulillah sepanjang perjalanan anak2 tak meragam (sangat)..
Boleh lah jalan lagi yerrr hihihi....


No comments:

Post a Comment