Pages

Tuesday, July 31, 2012

Hujan rahmat...

Pagi ni nak ke tempat kerja, hujan turun.
Takdelah lebat sangat.
Cukuplah membasahi tanah yang kering. Hujan pun tak lama dalam 20 minit jer.
Semalam pun gitu tapi lebat sket.

Bila hujan, terus teringat kat Bami dan Kawi. Beberapa hari lepas Kawi mengadu panas.
Teringat kata-katanya, yang ibu bernasib baik sebab kat tempat kerja duduk bilik berair-cond tapi adik pakai kipas jer kat sekolah.
Pujuk dia agar bersabar masa bulan puasa ni sebab Allah akan bagi 2 ganjaran iaitu pahala berpuasa dan pahala bagi orang yang bersabar.
Alhamdulillah, Kawi mengerti.

Tiap petang bila ibu balik dari kerja, Kawi dah terbongkang dalam bilik dengan air-cond yang sejuk. Takpelah, setelah dari jam 7 pagi ke jam 5 petang bersekolah, berpuasa dan keadaan yang panas, ibu biarkan jer. Jam 7 ptg tu kejutkan dia mandi dan bersiap2.
Bami masih tahan lagi.. Balik dari sekolah tu dah melepek depan tv tengok sukan. Kalau penat sangat, tertidurlah dia.

Alhamdulillah, masuk hari ke-11 kita berpuasa. Bami tengah sibuk ujian sekolah agama minggu ni, Kawi next week baru start. Malam lepas solat isyak, buat revision sket dah letih. hurmmmm.... sabarlah hati ini..

No comments:

Post a Comment