Pages

Monday, July 2, 2012

Mahal harga menempah baju melayu.

Semalam tengahari ke kedai tailor yang biasa kami tempah baju melayu.
Tahun ni hantar baju ayah jer since baju Bami nak beli siap jer.
Kan ayah dapat kain ela free dari kolej untuk dipakai masa konvo, jadinya takyah lah beli.
Cuma yang tak best nya tema baju raya kena ikut kolej pulak :(
Bila dah ukur2 tu.. tailor tu tulislah atas kad rege tempahan.
Mak aiiii RM70.. aikkkk tahun lepas kan RM65 jer.. ibu cakap.
RM70 tu rege dari tahun lepas sebab dah dekat nak raya.. tailor tu bilang..

ooooo.. ye ker... ni kira dah dekat nak raya lah yer..
Sebab setau ibu tahun lepas memang ibu hantar awal sebab ikut jadual, kolej ayah konvo sebelum raya.
hurmmmm.... kalaulah ibu rajin menjahit baju melayu kan lagi baik RM70 tu ayah bagi kat ibu kan!!!

Gitulahh... nasib baik ibu memang dah plan nak beli baju siap untuk Bami sebab selepas dihitung lagi baloi beli dah siap jer.
Kalau tak kena beli kain dalam RM40-RM50.. dah tu upah jahit RM65 sebab Bami kira kecik lagi. Kecik2 pun RM65 ibu rasa still mahal.
Sekarang pun dah banyak baju2 siap dijual kat pusat pakaian dan gedung membeli-belah.
Kain pun ok cuma mebi kena alter kat panjang seluar jer macam baju melayu putih sekolah agama.

Ibu ingat nak beli dalam minggu ni sebab kalau lewat2 takut tak dapat warna dan saiz yang dikehendaki.
Untuk ibu, Kawi dan Wafi dah beli kain, dah potong.. tinggal nak jahit jer..
Sekarang ni belum ada napsu lagi.. tunggulah mungkin seminggu dua lagi tapi sebelum bulan puasa lah..

2 comments:

  1. jeles tengok org pandai menjahit... kami tahun ni macam tak raya jek sbb saya nak beranak, jadi mood nak beli baju anak2 pun kelaut.

    ReplyDelete
  2. TH, jahit baju kurung jer.. tu pun setahun sekali.. bukan hobi tapi terpaksa dan tak baloi nak kuarkan upahkan orang.
    ala.... beranak dulu.. kalau tak sempat beli.. pandailah si ayahnya carik hehe..

    ReplyDelete