Pages

Friday, March 8, 2013

Ketam butter telur masin

Dah berapa kali teringin nak masak ketam tapi manjang jer tak jumpa ketam. Kat pasar, kat hypermarket.. tak jumpa, tak musim kot.
Hari tu jumpa kat NSK, sekilo RM19.80
Ambik 4 ekor, timbang RM20... tak jadi beli... macam mahal sangat.
Last Selasa, jumpa kat pasar malam sekilo RM20, ambik 4 ekor dalam RM11.
Ok lah... tak besar sangat.

Masak pun dengan bahan yang ada kat rumah.. try n error.. tak penah makan sebelum ni tapi baca kat beberapa blog macam mengancam jer..

Bahan2
4 ekor ketam
2 biji telur masin (rebus dulu dan hancurkan)
5 biji cili padi (ganti cili kering hiris2 serong)
4 ulas bawang merah mayang
2 ulas bawang putih ketuk
Daun kari
Susu cair
Butter
Garam dan gula

Cara2
Lumurkan ketam dengan sedikit tepung jagung, kunyit dan garam.  Goreng, angkat dan ketepikan.
Panaskan butter dan tumiskan cili, bawang, daun kari.. hingga naik bau.
Masukkan susu cair, bila dah agak pekat masukkan ketam.
Kemudian masukkan telur masin, kacau sebati dan angkat.
Perasakan dengan garam dan gula jika mahu. Ibu tak masukkan keduanya sebab takut masin.
Rasa pun dah sedang elok.

ok... dah siap.

2 comments:

  1. arrghh.. lama tak masak ketam...

    ReplyDelete
  2. saya pun.. ni kira makan bertahun gak laa baru masak balik sebab leceh nak keluarkan isi dia huhu...

    ReplyDelete