Pages

Tuesday, March 12, 2013

Teguran buat Wafi

Wafi..... jangan tidur, buat kerja dulu!

Begitulah teguran Teacher Kakak Ana yang Wafi ajukkan kat ibu malam semalam.
Dengan intonasi macam cikgu-cikgu menasihati anak murid. Sangat cute dan cheeky!
Petang tadi ibu tanyakan pada Teacher Kakak Ana (salah seorang pengasuh/cikgu taska) tentang aduan Wafi tu (ekceli bukanlah ibu nak komplen, tapi sekadar nak tau apa yang Wafi buat kat school, sampaikan Kakak Ana tegur).


 Rupanya, masa aktiviti mewarna, bolehnya tangan mewarna tapi mata terpejam.. tu yang kakak Ana tegur.
Hadoiiiii Wafi... Wafi... tu lah... tidur memang lewat selagi ibu tak tidur atau kakak abang tak tidur, jangan harap lah Wafi tidur dulu.
Malam lah waktu nak main ngan abang kakak.. tu yang pagi lewat bangun.
Pergi school pun kalau tak bangun lagi, memang ibu usung jer takmau gerakkan dia. Takut mengamuk pagi.
Sampai kat school baru ummi mandikan... kawan2 dah tunggu nak main pagi.
Tapi kena mandi dulu lah yer Wafi!

No comments:

Post a Comment