Pages

Monday, March 18, 2013

Wooden Puzzle di Hot Value, Amcorp Mall

Family outing minggu ni ke Amcorp Mall. 
Repeat yang 2 minggu lepas selepas Wafi mengamuk sesampainya di sana.
Takde plan nak beli apa2 pun, sesaja nak jalan2.
Masuk ke kedai Hot Value kat lower ground. Jumpa plak wooden puzzle. 
Ahhhh... tak boleh menahan nafsu untuk membeli.
Dapatlah beli numbers puzzle, juga letters puzzle.
Naik ke tingkat paling atas, jumpa lagi Hot Value. Beli lagi.

Banyak pilihan.... rambang mata.. sib baik bawak duit cukup untuk berjalan2.. bukan untuk menyopping.. kalau tak maunya memborong.
Ni kat tingkat atas... harga lebih mahal dari yang dibawah.. Banyak juga bezanya.
Animal puzzle yang 4 x 4 inch tu kat sini RM9.90 tapi kat ground floor RM7.90.
Tapi lagi murah kat MR DIY, baru RM4.90

 Vehicles puzzle, RM6.90

 Fruits puzzle, RM6.90

 Numbers puzzle, RM14.90 (yang ni papan dia besar sket)

Letters puzzle in booklet, RM7.90
Tapikan.... letter 'N' dah tercicir kat mana ntah masa Wafi pegang puzzle ni.

Puas lah membeli... hari ni beli barang Wafi je pun...
The rest, kita makan2 jer dan pusing satu tingkat ke tingkat tengok flea market.
Nanti2 kalau ada rezeki, kita datang lagi.... nak beli wood puzzle yang lain ikut years Wafi.

No comments:

Post a Comment