Pages

Monday, April 9, 2018

Abang Rahimi mula bekerja

Ini kisah beberapa minggu lepas.
Bami dapat bekerja part time di Secret Resepi Setia Alam.
3 hari pertama bersemangat waja.
Kerja ok je.. sediakan meja dan ambik order.
Waktu solat boleh keluar ke surau berdekatan sebab SR tidak sediakan bilik untuk solat.
Ok lah kan.. sebab owner memahami tuntutan pekerja islam.
Hari ketiga malam tu cakap kat ibu... tak boleh nak move on.
Sebab supervisor suruh ambik order kek dan ingat nama kek.
Ibu macam.. errr..
Ok je lah kan.. ambik order kek.. tak nampak apa yang susah.
Tapi bila Bami kata tak boleh.. ibu turutkan je lah.

Tapi kena bagitau supervisor nak berhenti. Jangan nak susahkan pihak majikan jika lari begitu sahaja. Memang itu yang ibu pesan sebelum Bami bekerja lagi.

Rehat seminggu dua..
Hari ini Bami akan memulakan kerja di satu kilang berdekatan dengan ofis ibu.. satu jalan pun.. dan ibu lalu kilang yang Bami berkerja setiap hari.
Operator di bahagian packing.

Semoga Bami istiqomah dalam membuat pekerjaan.

No comments:

Post a Comment