Pages

Saturday, April 21, 2018

Sambal Daun Kayu

Kali ni nak share masakan Negeri Sembilan pula.
Belajar secara maya je dari unimate Hanis.
 
 

Sambal Daun Kayu
 
Bahan-bahan
1. 1 genggam Cili padi (ikut kepedasan masing2)
2. 2 inci Kunyit hidup
3. 1 cawan tempoyak
4. 1 kilo santan (pakai santan kotak sahaja)
5. 2-3 helai daun kunyit muda (mayang halus)
6. 2-3 batang serai (mayang halus)
7. Ulam-ulaman seperti pucuk ubi, daun ulam raja, tenggek burung, daun labu atau apa sahaja yang sesuai (semua dimayang halus, basuh dan tos)
8. 3 papan petai (potong 2-3 bahagian.. ikut saiz)
 
 
Cara-cara
1. Blend cili padi, kunyit dan tempoyak.
2. Masukkan santan atas kuali dan masukkan cili yang sudah diblend dengan kunyit dan tempoyak. Kacau rata.
3. Masukkan semua ulam termasuk daun kunyit, serai dan petai.
4. Masak sehingga semua daun lembut.
5. Tambahkan garam untuk sesuaikan rasa. Jika tempoyak kurang, boleh tambah lagi.
6. Bila kuah agak pekat boleh lah diangkat.
 
Sebab masak sambal daun ni agak remeh juga bagi yang tak biasa buat... bolehlah buat dalam kuantiti yang banyak.. kita frozenkan dan bila nak makan boleh dipanaskan. Jika tempoyak kurang masam boleh juga ditambah asam keping masa masak sambal ni.
 

Segala ulam-ulaman yang dimayang halus macam kita hiris bunga rampai tu.

Sambal daun ni sedap sangat masa makan untuk sahur.. semua rasa ada.



No comments:

Post a Comment