Pages

Saturday, April 21, 2018

Bagaimana membuat Slime yang mudah

Kalau ada anak kecil mesti biasa dengar perkataan slime. Ala2 playdough yang lembut dan sejuk gitu.

Kegunaan... haha.. ni yg pelik... untuk diregang-regangkan gitu. Di sekolah ada je jual.. RM1 dalam bekas bulat kecil tu.

Wafi dah beberapa buat eksperimen.. hasil kajian dari youtube dan blog. Ada yang guna minyam zaitun, ubat titis mata, minyak baby johnson.. kesemua hasil nya berlainan. Oh ya.. tidak semua eksperimen menjadi dengan sempurna.

Hari ini alhamdulillah.. Wafi sangat puas hati dengan slime yang dibuat.

Mari kita lihat bahan2 membuat slime yang mudah dan ada di rumah.

Dynamo biru (itu bekas dari refill)
Gam
Air
Bedak
Pewarna (jika mahu)

Campurkan gam, dynamo dan sedikit air dalam bekas plastik. Anggaran gam 2 sudu besar gam dan sesudu dynamo. Air sedikit. Kacau semua sehingga sticky. Guna sebatang chopstik.

Agak2 dah sticky masukkan bedak dalam 2 sudu besar. Anggaran je lah.. ikut kesesuaian.

Kacau lagi.

Ini dah hampir jadi. Hasil kerja kanak2 usia 8 tahun hekhek

Rehatkan sekejap dan bolehlah digunakan.

Biarkan anak-anak bereksperimen. Tapi masalahnya bereksperimen masa ibu sedang enak beradu bilamana hujan lebat di luar rumah.. kau rasa... ermmmm
Layankan je lah.

Ok.. hujan dah berhenti.

No comments:

Post a Comment