Pages

Wednesday, April 25, 2018

Salted Egg Yolk Butter Chicken

Aduhhh... susah juga nak menyebut resepi kali ni.
Ayam yang dimasak dengan telur masin kuning gitu.
Ni kalau tekak rasa payau2 boleh lah cuba resepi ini.
 


Salted Egg Yolk Butter Chicken

Bahan-bahan
1. Isi ayam dipotong kecil
2. 1 sudu besar lada sulah
3. 1 biji telur
4. 2-3 sudu besar tepung jagung
5. 4 biji kuning telur masin (kukus atau sudah rebus)
6 3 ulas bawang putih dicincang
7.1 sudu besar minyak masak
8.2 sudu besar mentega
9.2 biji cili padi (tambah jika mahu pedas)
10. Garam dan gula
11. Daun kari
12. 1 1/2 cawan susu (lebih kalau nak berkuah)

Cara-cara
1. Ayam dilumurkan bersama lada sulah dan garam. Celupkan tepung jagung dan kemudian celupkan dalam telur yang sudah dikocok.
2. Goreng agak2 garing sedikit... taknak garing sangat nanti keras.
3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan mentega.
4. Tumiskan bawang putih cili padi dan daun kari hingga naik bau.
5. Masukkan telur kuning masin yang telah dihancurkan.
6. Tuang susu, garam dan gula ikut kesesuaian.
7. Bila sudah merenih, masukkan ayam dan kacau rata.
8. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment