Pages

Friday, June 11, 2021

PKP 3.0 - Day 11/14

11 Jun 2021 bersamaan 30 Syawal 1442H 
Hari terakhir Hari Raya Puasa bagi tahun 2021 juga ulangtahun hari kelahiran Wafi Hanani yang ke 11 tahun.
Since musim PKP tidak boleh keluar celebrate kita sambut di rumah sahaja. Ikut plan asal ayah ada book hotel untuk kita bercuti tapi terpaksalah dibatalkan sahaja.




Kami surprisekan Wafi dengan dengan coklat bouquet dari SurprisebyHH.
Kebetulan Ain, Denin & Adam pun bagi surprise juga dan wawrna sama pula. Tahun ni pilih purple antara warna kegemaran Wafi.

Abang Mi kata Wafi dapat yang best-best je.. adehhhhhh
Bami lupa ke.. birthday bami tahun lepas sambut beramai-ramai di rumah nenek haha...

Kek pilihan Wafi, aesthetic cake dari Shida Hilmi.
Ini saiz 6 inci perisa Vanila berharga RM65.

Hidangan tengahari merangkap birthday celebration untuk Wafi.

One happy birthday girl.

Nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar campur.
Simple je but everybody happy.

Sebelum ni buat lubang dan masukkan pewarna, kali ni tuang pewarna yang agak cair.. Bila buat cara ni nampak kaler agak sekata.

Wafi gembira sangat sebab gambar polaroid yang diorder sampai betul-betul pada hari lahirnya. Tunggu beberapa hadiah lagi yang diorder dari Shoppee belum sampai.

Wafi minta hadiah Robux je... walaupun di awal tahun nak basikal. Harga dalam RM19 je beli Robux ni.. dengan nilai 400 Robux.. alahai.. jimatnya awak... Jadi dengan 400 Robux tu dapatlah wafi beli aksesori untuk avatar Roblox
Ibu ayah belikan apa yang awak nak ya. (dalam hati lompat bintang sebab murah je hahahhaha)

Terima kasih Shida Hilmi sebab merealisasi impian kek wafi.. kek ni dari luar negara.. ibu bagi contoh dan alhamdulillah deco dan warna hampir sama. Cuma dalam gambar atas faktor cahaya agak berbeza.

Petang lepas solat Zohor macamtu ibu dan kakak Widad buat delivery/munjungan untuk mak-mak sedara Wafi kecuali Cik Elis dan Cik Ami kerana mereka di luar daerah.

Hari ni satu hari nampak Wafi seronok sangat.. pagi kejut pun senang bangun siap pakej senyum-senyum.. kalau tak... berapa kali "kejap" lah.

Semoga Wafi kekal menjadi anak yang membahagiakan.
Sihat.
Ceria.
Patuh dengan ajaran agama Islam.

Segala-galanya untuk awak!

Sebagai ingatan, hari ni diumumkan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung lagi selama 14 hari bermula 15-28 Jun 2021.

 

 

No comments:

Post a Comment